Laporan PBB menggambarkan suasana “menakutkan” terhadap apa yang berlaku di2 wilayah Rakhine, Myanmar.
Askar menyentap dan mengheret seorang ibu mengandung yang sedang dalam suasana melahirkan keluar dari rumahnya di wilayah Rakhine Myanmar dan memukul perutnya dengan kayu.
“Mereka membunuh bayi dengan hentakan menggunakan kasut but tentera yang mereka pakai. Mereka langsung membakar rumah wanita malang ini” seorang saksi berusia 19 tahun melaporkan kepada penyiasat PBB.
5 tentera mengambil giliran untuk merogol serang wanita berusia 25 tahun selepas mereka menyembelih suaminya dengan pisau. Anak mereka yang baru berusia lapan bulan mula menangis kerana lapar dan ingin menyusu.
“Untuk mendiamkannya, mereka turut membunuhnya dengan pisau” wanita 19 tahun ini terus melaporkan.
Seorang anak perempuan berusia 5 tahun berlari sambil menjerit untuk menyelamatkan ibunya yang sedang cuba dirogol secara bergilir. Salah seorang perogol mengeluarkan pisau panjang lantas menyembelih leher anak perempuan tersebut.
“Saya menjangkakan akan mati dalam kejadian itu, namun masih dipanjangkan umur” ibunya memaklumkan para penyiasat.
Laporan PBB yang baru dikeluarkan telah mengambil testimoni warga Rohingya yang akhirnya selamat tiba di kem pelarian di Bangladesh. Ramai yang telah melalui kejadian rogol bergilir, pembunuhan ahli keluarga, dipukul kejam bertalu-talu, rumah dibakar dan dimusnahkan serta kehilangan terus ahli keluarga dalam suatu keadaan yang digambarkan PBB sebagai jenayah terancang menjangkau sifat kemanusiaan.
Laporan ini berdasarkan bukti-bukti terkumpul daripada temubual langsung dengan lebih 200 warga Rohingya di dalam kem pelarian. Tindakan ini merupakan “polisi untuk menakutkan secara terancang” oleh pihak tentera Myanmar dengan menngepung dan melakukan keganasan di banyak kampung-kampung milik orang Muslim Myanmar.
Laporan PBB ini menunjukkan sudah berdekad-dekad jutaan penduduk Rohingya di wilayah Rakhine ini telah mengalami diskriminasi terancang, polisi pengusiaran dan pengasingan.
Sudah berbulan, pihak kerajaan Myanmar menafikan hampir kesemua pertuduhan keganasan dan perlanggaran hak asasi manusia, dengan mengatakan tindaan tentera merupakan usaha melawan tindak balas terhadap serangan di sebuah pos polis pada awal Oktober 2016.
Laporan ini menolak sebarang kemungkinan bahawa Myanmar yang telah berdekad-dekad berada dibawah pentadbiran kejam junta tentera akan kembali kepada semangat demokrasi sebenar sekalipun pimpinan pro-demokrasi dan pemenang anugerah Nobel keamanan Aung San Suu Kyi memenngi pilihanraya pada penghujung 2015.
Laporan yang dikeluarkan di Geneva ini datang pada saat konflik antara agama berada pada puncaknya di negara berpenduduk majoriti Buddha ini. Minggu lalu seorang peguam Muslim yang terkena, Ko Ni yang merupakan ahli kepada Liga Demokrasi Kebangssan (NLD) ditembak kejam. Beliau sedang dalam proses untuk merangka satu reformasi kepada perlembagaan tentera Myammar.
Sumber : The Sydney Morning Herald
www.indahnyaislam.my