Tentera Is-Not-Real Akui Rampasan Wang Tunai dan Barangan Peribadi Rakyat G4z4, Enggan Dedah Butiran


Tentera Is-Not-Real mengakui telah merampas wang tunai dan ribuan barangan peribadi daripada rakyat G4z4 yang ditahan sejak serangan bermula 18 bulan lalu. Namun, mereka enggan mendedahkan maklumat lanjut tentang jumlah rampasan atau jenis barang yang masih dalam simpanan mereka, dengan alasan tiada pangkalan data pusat disediakan untuk merekod perkara tersebut.

Pihak tentera turut menolak untuk mendedahkan arahan rasmi berkaitan rampasan ini, mendakwa ia diklasifikasikan sebagai “sulit”. Ini bercanggah dengan Akta Kebebasan Maklumat Is-Not-Real, yang mewajibkan pendedahan arahan operasi agensi kerajaan kepada umum.

Permintaan Hatzlacha dan Tindakan Undang-undang

Organisasi Hatzlacha mengemukakan permintaan rasmi pada September lalu bagi mendapatkan senarai barang rampasan serta prosedur penyimpanan. Jawapan tentera yang tidak memuaskan telah mendorong penasihat undang-undang Hatzlacha, Elad Man, untuk merancang tindakan undang-undang. Beliau menyifatkan keengganan tentera sebagai “membimbangkan dan tidak dapat diterima”.

Testimoni Detainee: Wang dan Barang Kemas Tidak Dipulangkan

Laporan oleh B’Tselem pada Ogos lepas memuatkan testimoni warga G4z4 yang ditahan. Hadil a-Dahduh Zaza, 24, berkata beliau dibebaskan selepas 54 hari tetapi wang tunai, emas, dan telefonnya tidak dipulangkan. Fadi Baker, 25, pula berkata beliau hanya menerima pengecas telefon, kad UNRWA dan ID – tanpa wang atau barang berharga lain.

Laporan Kecurian Terancang dan Jualan di Pasaran Umum

Siasatan oleh media Is-Not-Real mendedahkan bahawa ramai askar dan komander terlibat dalam pencurian besar-besaran semasa operasi di G4z4 dan Lubnan. Barangan termasuk wang tunai, barang kemas, elektronik dan juga kenderaan telah dijual di Telegram, Facebook Marketplace dan tempat awam.

Seorang komander, menggunakan nama samaran Eitan, berkata bahawa perbuatan itu pada mulanya dianggap ‘cenderamata’ oleh askar muda, namun kemudian menjadi budaya pencurian terbuka yang turut melibatkan pegawai tinggi.

Wang Tunai Jadi Sasaran Utama, Nilai Rampasan Cecah RM130 Juta

Disebabkan mudah disembunyikan, wang tunai menjadi sasaran utama rampasan. Menurut satu laporan, sebulan selepas perang bermula, sebanyak lima juta shekel ($1.3 juta) telah dirampas. Kini, jumlah itu mencecah 100 juta shekel ($27.6 juta), atau lebih RM130 juta — dari G4z4 dan Lubnan sahaja.

Laporan oleh Ynet turut mendedahkan rampasan besar dari Syria, Lubnan dan G4z4 — termasuk jongkong emas, barang kemas mewah, dan 183,000 unit senjata. Askar bergurau bahawa mereka “sakit belakang” kerana membawa pulang barang-barang curi. Sebahagian besar rampasan dilakukan oleh unit khas tentera, namun pencurian secara bebas oleh askar juga amat berleluasa.

Sumber: Quds News Network


Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *



Sumbangan
Related Posts