Penetapan waktu solat adalah berdasarkan kepada sumber asal iaitu al-Quran dan al-Hadith. Berdasarkan kriteria-kriteria yang ditetapkan, para fuqaha’ (ahli feqah) telah membuat tafsiran supaya waktu solat dapat diamalkan oleh masyarakat dengan lebih mudah. Kemudian tafsiran fuqaha’ disesuaikan dengan ilmu astronomi (falak) supaya boleh ditentukan dengan kaedah kiraan (hisab).
Waktu Matahari Istiwa
Matahari istiwa (rembang/transit) adalah ketika pusat matahari melintasi satah Meridian Samawi Tempatan. Meridian Samawi Tempatan adalah unjuran Longitud Stesen Tempatan. Waktu istiwa boleh ditentukan secara fizikal dengan melihat pergerakan bayang-bayang sesuatu tiang yang tegak.
Ketika istiwa, bayang tiang berada pada ukuran paling pendek. Sebelum bayang tiang ini berpindah ke sebelah timur adalah menandakan waktu istiwa. Stesen rujukan di bumi adalah ditetapkan berdasarkan satu sistem koordinat geografi yang parameternya ialah latitud (garis lintang) dan longitud (garis bujur). Kedudukan relatif stesen rujukan dalam Sistem Sfera Samawi (Celestial Sphere) dapat digambarkan dengan lebih mudah berdasarkan Rajah 1.
Rajah 1: Kedudukan matahari ketika istiwa dalam sfera samawi dilihat daripada:
a- Pandangan plan
b- Pandangan sisi
Jelas berdasarkan Rajah 1 bahawa tinggi matahari daripada ufuk tempat rujukan adalah bergantung kepada deklinasi matahari pada saat berkenaan. Deklinasi matahari berubah-ubah dari masa ke semasa dalam lingkungan -23.5° ke +23.5° sepanjang tahun. Tanda negatif merujuk kepada selatan iaitu ketika matahari berada di bahagian selatan Khatulistiwa Samawi. Manakala tanda positif adalah merujuk kepada matahari ketika ia berada di bahagian utara Khatulistiwa Samawi. Perubahan altitud matahari ketika istiwa mengakibatkan perubahan kepada waktu istiwa. Dengan perkataan lain, waktu istiwa untuk sesuatu meridian adalah tidak tetap sebaliknya berubah-ubah dari hari ke hari. Sudah tentu perubahan waktu ini akan mengakibatkan kepada perubahan waktu solat setiap hari. Hitungan untuk penentuan waktu istiwa dapat dibuat dengan tepat berdasarkan kaedah astronomi geometri.
Waktu Solat Zohor
Rajah 2: Kedudukan matahari ketika gelincir
Seperti dijelaskan sebelum ini bahawa ketika pusat matahari tepat di atas Meridian Tempatan dinamakan istiwa. Oleh itu, masuk waktu Zohor adalah dapat ditetapkan sebagai berikut :
Waktu Zohor = Waktu Istiwa + tsd
di mana tsd adalah tempoh masa pusat matahari melintasi Meridian Samawi Tempatan sehingga semua jasad matahari berada di barat.
Rajah 3 berikut adalah pembesaran Rajah 2 untuk menjelaskan keadaan dengan lebih baik.
Rajah 3: Kedudukan matahari ketika istiwa dan gelincir
Waktu Solat Zohor = Waktu Istiwa + 1 minit 4 saat ………..(1)
Jelas dapat lihat di sini bahawa untuk menentukan masuk solat Zohor itu adalah 1 minit 4 saat selepas waktu matahari istiwa pada hari berkenaan.
Akhir waktu solat Zohor pula adalah bilamana masuk waktu solat Asar.
Waktu Solat Asar
Mengikut Mazhab Shafie, masuknya waktu solat Asar adalah apabila panjang bayang sesuatu tiang melebihi panjang tiang tersebut. Secara fizikal, waktu Asar boleh ditentukan dengan menggunakan tiang tegak yang sama dengan yang digunakan pada waktu istiwa.
Waktu Asar bermula apabila panjang bayang yang ditunjukkan oleh tiang tegak melebihi ukuran tiang itu sendiri dan dicampurkan dengan panjang bayang sewaktu istiwa. Katakan sebatang tiang, sama panjang dengan bayang tiang itu sendiri. Keadaan ini dapat dibayangkan dengan lebih jelas berdasarkan Rajah 4 di bawah.
Rajah 4: Kedudukan matahari ketika istiwa dan masuk waktu Asar dengan pandangan dari zenit
Merujuk kepada Rajah 4, panjang bayang ketika matahari istiwa, MT adalah OTT = X, dan katakan panjang tiang adalah 1 unit. Ketika panjang bayang adalah (1 + X) unit,
matahari berada di kedudukan MT, ketika inilah masuknya waktu Asar. Jika ditinjau Rajah 4 daripada sisi sebelah barat, kita akan dapati sepertimana Rajah 5 berikut:
Rajah 5: Panjang bayang ketika masuk waktu Asar
Panjang Bayang Ketika Matahari Istiwa, X
Rajah 5 menunjukan keadaan ketika matahari istiwa. Jika ditinjau daripada sisi sebelah barat, ia kelihatan seperti Rajah 6.
Rajah 6: Panjang bayang ketika matahari istiwa, X
Hubungan kedudukan matahari ketika istiwa dengan kedudukan kita (pencerap) di bumi dapat digambarkan dalam Sistem Sfera Samawi seperti Rajah 7.
Rajah 7: Kedudukan relatif pencerap O di bumi dalam Sistem Sfera Samawi
Sudut Waktu Matahari Ketika Masuk Waktu Asar
Dalam seksyen terdahulu telah dibincangkan kaedah penetapan kedudukan matahari dari segi altitud ketika masuk waktu Asar berdasarkan kriteria yang ditetapkan oleh syarak. Dalam seksyen ini, akan dijelaskan hubungan altitud yang didapati dengan penetapan waktu itu sendiri. Rajah 8 dapat memberi gambaran dengan lebih jelas tentang hal ini.
Rajah 8: Kedudukan matahari ketika masuk waktu Asar
Waktu Solat Maghrib
Mengikut hukum fekah, masuknya waktu solat Maghrib adalah apabila semua badan matahari terbenam di bawah ufuk barat. Berdasarkan ketetapan hukum di atas, secara astronomi ia dapat digambarkan dalam Sistem Sfera Samawi sepertimana Rajah 9 di bawah:
Rajah 9: Kedudukan matahari ketika masuk waktu Maghrib
Waktu Solat Isyak
Menurut syarak, masuknya waktu solat Isyak adalah apabila mega merah di ufuk barat hilang. Tempoh hilangnya mega merah disamakan dengan tempoh fajar senja astronomi. Daripada hasil kajian astronomi oleh ulama silam dan beberapa ahli astronomi barat setakat ini, mendapati fajar senja astronomi (astronomical twilight/mega merah) hilang sepenuhnya ketika pusat matahari berada pada kedudukan 18° di bawah ufuk barat. Ini dapat digambarkan dalam Sistem Sfera Samawi seperti Rajah 10 berikut:
Rajah 10: Kedudukan matahari 18° di bawah ufuk (masuk waktu solat Isyak)
Waktu Solat Subuh
Awal waktu solat Subuh mengikut syarak adalah bila fajar benar (sadiq) terbit di ufuk timur. Kajian ulama silam dan beberapa ahli saintifik setakat ini mendapati pada saat demikian matahari di kedudukan lebih kurang 18° di bawah ufuk. Namun dalam soal ini para fuqaha’ bersetuju supaya awal waktu Subuh ditetapkan ketika matahari di kedudukan terkebawah daripada 18° di bawah ufuk. Terdapat pihak yang menetapkan 19° dan ada pula yang menetapkan 20° di bawah ufuk. Bagi pihak yang menetapkan 19° jarak zenit matahari yang diambil untuk perhitungan adalah 109° iaitu ZS = 109°. Manakala bagi pihak yang menetapkan 20° jarak zenit yang digunakan untuk perhitungan adalah 110° iaitu ZS = 110°.
Seperti waktu-waktu solat terdahulu, kedudukan matahari ketika masuk solat Subuh lebih mudah digambarkan dalam Sistem Sfera Samawi sepertimana dalam Rajah 11.
Rajah 11: Kedudukan matahari 20° di bawah ufuk timur
Waktu Matahari Syuruk
Pengetahuan tentang waktu matahari syuruk (terbit) adalah mustahak kerana ia menandakan tamatnya waktu solat Subuh pada sesuatu tempat. Ketika matahari terbit adalah diambil apabila pinggir (piring) atas jasad matahari berada di ufuk timur pencerap di suatu tempat, lihat Rajah 12.
Rajah 12: Kedudukan matahari ketika terbit. Rajah menunjukkan pinggir (piring) atas di ufuk pencerap
Waktu Solat Dhuha
Mengikut syarak, waktu solat Dhuha berlaku ketika matahari tinggi segalah. Ini ditafsir secara astronomi sebagai waktu syuruk di tambah dengan satu pertiga perbezaan waktu syuruk dan subuh. Secara purata waktu solat Dhuha kira-kira 28 minit selepas waktu syuruk.Oleh itu waktu Dhuha = waktu syuruk + 1/3 daripada (waktu syuruk-waktu Subuh)…………….(21)
Katakan waktu syuruk 7.00 pagi dan waktu subuh 6.00 pagi. Perbezaan waktu syuruk dan waktu Subuh adalah 1 jam.
Contohnya :
Waktu Dhuha = 7.00 + 1/3 (7.00 – 6.00)
= 7.00 + 1/3 (1 jam)
= 7.00 + 1/3 (60 minit)
= 7.00 + 0.20
= 7.20 minit