Hari ini terlepas pandang subuh sudah awal sedikit iaitu masuk jam 6.08 sebelum ni 6.10, dan jadual tren akan sampai jam 6.14.
Saya sampai di KTM jam 6.12.
Nampak jemaah baru sahaja selesai solat subuh dan..
Tiba tiba tren sampai!!
Jadi nak naik tren atau solat subuh??
Saya lihat beberapa individu berjalan dengan tenang pergi ke surau…
Namun saya terlintas apa salahnya solat dalam tren?
Pagi tersebut Allah sudahpun beri hidayah prior to the event untuk bawa sejadah solat di ofis, jadi memang haritu sejadah ada dalam beg.
Saya pun masuk tren dan berjalan dari koc pertama berjalan hingga koc terakhir melihat mana ruang yang sesuai.
Di koc kedua terakhir terdapat ruang duduk sebaris yang tiada penumpang.
Tren masih belum bergerak. Sejadah dibentang, takbir dilaungkan, terasa semua mata melihat saya !
Tapi itulah syariat, bila hal berurusan dengan Allah, ibadah disusun dalam semua keadaan, ada cara solat ketika banyak masa, ada cara solat ketika masa tak banyak, solat ketika musafir, solat ketika perang, ketika sakit, dan lain lain.
Acap kali saya terjumpa alasan kerja untuk tidak solat, alasan perjalanan untuk qadha’ solat dan macam macam ragam.
Sedangkan solat itu mudah, andai kita faham ianya urusan kita dengan Allah kita takkan peduli mata yang melihat dengan gaya sinis dan terkejut.
Usai salam kedua, terasa di hati seolah Allah mengkhabarkan pada saya, “Jangan risau hambaKu, urusan dengan Aku, Aku mudahkan, tidak susah dan tidak leceh, kerana asasnya sayangKu padamu”.
Baru saya fahami kalimah Allah :
يريد الله بكم اليسر ولا يريد بكم العسر
“Allah menginginkan kemudahan kepada kalian, dan tidak sekali kali inginkan kesusahan kepada kalian”
Tertanya adakah tidak kelihatan lagi kasih sayang Allah dalam aturan syariat…
Jadi mengapa kita masih kurang mencintai Allah?
Ustaz Suhail Sufian
www.indahnyaislam.my