DALAM Quran secara khusus didalam kisah kaum Nabi Luth.
Semua Tafsir muktabar (Ibnu Kathir, Qurthuby, Ar-Razi, Shawkani dll) bersepakat ia dimulakan oleh kaum Nabi Luth. Dan perbuatan jelek (faahishah) ini melanggar fitrah manusia.
Ulasan Tafsir al-Qurthuby menambah golongan atheis (al-mulhiduun) bahawa sebelum zaman Nabi Luth telah berlaku kejelekan ini, namun al-Quran lebih benar dari segala dakwaan dan sangkaan sangkaan semata.
Malah ditambah kejelakan ini (didalam tafsir Qurthuby) dengan penerangan Ibnu Sirin bahawa ianya perangai sebahagian haiwan seperti anjing dan khinzir. Dan bukanlah suatu justifikasi seperti dakwaan Zurari.
Syed Qutb pula menambah jika diperhatikan semua perbahasan kisah Nabi sebelum dan selepasnya didalam surah yang sama (Surah Al-‘Araaf) berkaitan sepenuhnya perihal aqidah, hanya Nabi Luth menceritakan isu sosial secara langsung.
Malah jika kita fahami, Allah mengatakan ianya KEJELEKAN YANG TIDAK PERNAH DILAKUKAN OLEH MANUSIA SEBELUMNYA: JELAS menggambarkan penentangan bukan sekadar pada kejelekannya, tetapi kepada NORMALISASI perangai ini.
Ia, jelas Nabi Luth berkata ayat yang menentang normalisasi “Tidak pernah dilakukan oleh manusia sebelumnya”. Kalau tak faham ianya melawan normalisasi, ternyata yang buta bukan mata, tetapi hati yang tidak mahu mengerti.
Ustaz Suhail Sufian
www.indahnyaislam.my
—-—
Sumbangan ikhlas untuk dakwah Indahnya Islam:
https://www.billplz.com/indahnyaislam
MYDAKWAH RESOURCES
5628 3464 5315 (Maybank Islamik)