Kisah keluarga Raja Pop dunia, Micheal Jackson memeluk Islam masih menjadi perhatian dunia sehingga hari ini. Baru-baru ini abangnya, mendedahkan semula permulaan beliau tertarik dengan Islam, sehingga melafazkan syahadah seawal tahun 1989.
Berita pengislamannya itu sangat mengejutkan dunia Barat dan peminat seninya. Jermaine, salah seorang anggota kumpulan Jackson 5 yang mengecap kegemilangan dan kemasyhuran pada era 1980-an sebagai penyanyi.
Jermaine atau nama sebenarnya Jermaine LaJaune Jackson dilahirkan pada 11 Disember 1954 di Gary, Indiana kini lebih dikenali sebagai Muhammad Abdul Aziz.
Ceritanya, sekitar tahun 1989, beliau bersama dengan adiknya, Janet Jackson, membuat persembahan di beberapa negara Asia Barat. Ketika menetap di Bahrain, Jermaine berpeluang berjumpa sekumpulan kanak-kanak negara itu yang datang menemuinya.
“Kanak-kanak tersebut tanpa segan silu terus bertanyakan mengenai agama anutan saya, lalu saya menjawab saya seorang Kristian dan saya juga terus bertanyakan kepada kanak-kanak itu akan agama mereka pula.
“Agak mengejutkan apabila mereka menjawab Islam dengan bangganya tanpa ragu-ragu. Kanak-kanak itu juga bercerita tentang Islam dengan pelbagai maklumat yang menarik walaupun bunyinya begitu keanak-anakan.
“Melihat kesungguhan mereka menerangkan Islam, saya menjadi kagum malah saya berasa sungguh damai mendengarkan penerangan mereka itu,” katanya.
Sejak kejadian itu katanya, beliau mula mencari peluang mengadakan perbincangan yang panjang lebar mengenai Islam dengan beberapa ulama dan tokoh Islam.
Tidak lama kemudian, beliau memberitahu perasaan tertarik dengan Islam kepada seorang sahabat Qunber Ali, yang seterusnya membawa beliau ke Riyadh, ibu negara Arab Saudi .
“Sehingga ke saat itu, saya masih tidak mengetahui mengenai Islam sehinggalah sebuah keluarga daripada kerabat diraja Arab Saudi membawa saya untuk melakukan umrah di Mekah.
“Di situ, buat pertama kalinya saya mengucap dua kalimah syahadah bagi mengesahkan pengislaman saya,” katanya.
Jelas beliau, tidak dapat diungkapkan perasaan bergelar muslim, beliau merasakan dirinya bagai dilahirkan semula.
“Ini kerana Islam telah memberikan jawapan kepada pelbagai keraguan beliau sebelum ini terutama mengenai agama asalnya.
“Islam memberikan jawapan yang sangat memuaskan hati terutama mengenai kelahiran dan kenabian Nabi Isa a.s. dan saya berdoa agar seluruh keluarga saya juga dapat menerima hakikat yang sama,” katanya.
Seluruh keluarga Jackson adalah pengikut ajaran Kristian yang dikenali sebagai Avendance of Jehova (Penyaksian Jehova) dan antara ajaran yang menjadi pegangan adalah hanya seramai 144,000 lelaki di muka bumi ini layak memasuki syurga.
Katanya, sejak dahulu beliau tidak dapat menerima fakta yang sedemikian dan begitu juga apabila kitab Bible sebenarnya lebih mengumpulkan kata-kata manusia di dalamnya berbanding ajaran sebenar dan kata-kata daripada Allah. – Ismaweb
www.indahnyaislam.my