Peperangan Mosul hanyalah strategi Syiah untuk hancurkan umat Islam

 

DOHA – Apa yang terjadi dalam peperangan hari ini di Mosul, Iraq ialah satu tipu daya daripada kelompok Syiah untuk menghapuskan umat Islam secara menyeluruh daripada negara Islam, Iraq.

“Tidaklah mereka (Syiah) menyerahkan Mosul kepada ISIS sebelum ini melainkan ianya sebagai strategi supaya mereka boleh menyerang bandar tersebut kononnya dengan alasan menyerang ISIS”

Syiekh Ahmad al-Banjuaini, Pengerusi Pertubuhan Ulama Muslimin Sedunia cawangan Kurdistan berkata demikian dalam satu pertemuan dengan Syiekh Ali Qurahdaghi, Setiausaha Agung Pertubuhan Ulama Muslimin Sedunia di Doha, Qatar baru-baru ini.

 

 

Tambah beliau sejak peperangan ini terjadi seramai 5000 orang ahli Sunnah telah terbunuh tidak termasuk mereka yang ditangkap dan dipenjarakan di dalam penjara rahsia atas kekejaman Syiah.

“Pengkhianatan seperti ini bukanlah perkara baru, bahkan di dalam sejarah Islam banyak peristiwa hitam sebenarnya adalah permainan Syiah itu sendiri seperti kejatuhan Baghdad, peperangan Salib, cubaan merampas Tanah Haram, kejatuhan Turki Uthmaniyah dan banyak lagi menunjukkan apa yang sedang berlaku seperti di Iraq bukanlah perkara baru”

Ujar beliau lagi Al-Qaeda dan ISIS sendiri hakikatnya adalah ciptaan mereka bersama dengan musuh Islam sebab itulah kita menyaksikan ISIS menyerang pelbagai negara kecuali Iran dan juga Israel.

“Syiah sanggup melakukan apa sahaja bahkan di sisi pegangan mereka adalah harus demi menghancurkan Umat Islam termasuklah berkerjasama dengan musuh-musuh Islam” tegas beliau.

Sumber: http://muis.org.my/2017/04/peperangan-mosul-hanyalah-strategi-syiah-untuk-hancurkan-umat-islam/

www.indahnyaislam.my

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *



Sumbangan
Related Posts