ANKARA – Menteri Kesihatan Turki, Recep Akdağ mengesahkan gas sarin telah dikesan di dalam sampel darah dan air kencing mangsa tercedera dalam serangan di bandar Khan Sheikhun di Syria.
Beliau berkata, keputusan itu memberikan “bukti kukuh” penggunaannya dalam serangan berkenaan.
Kira-kira 30 mangsa telah dibawa merentasi sempadan berikutan serangan Selasa lalu, dan beberapa daripada mereka telah meninggal dunia.
Autopsi ke atas mangsa di Turki dilakukan tidak lama selepas serangan itu dan dipantau oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia, telah membuat kesimpulan terdapat bukti pendedahan sarin.
Doktor dan pekerja bantuan yang memeriksa mangsa tercedera dalam pembunuhan beramai-ramai minggu lalu, berkata mereka menunjukkan gejala pendedahan kepada ejen saraf yang serupa dengan sarin, serta bahan kimia yang kedua berkemungkinan adalah klorin.
Recep Akdağ berkata, isopropyl asid methylphosphonic, bahan kimia yang mana sarin dimasukkan didapati ada di dalam sampel darah dan air kencing yang diambil daripada pesakit yang tiba di Turki.
Keputusan ujian di Turki, jika benar, akan menambah tegangan kepada tuduhan oleh kuasa-kuasa barat bahawa rejim Assad yang menggunakan sarin dalam salah satu serangan besar-besaran mangsa kimia yang paling dahsyat dalam konflik enam tahun. – Ismaweb
www.indahnyaislam.my