Bolehkah orang kafir berpolitik di dalam masjid?

 

Bolehkah orang kafir berpolitik di dalam masjid?

Jawapan adalah petikan dari buku fiqh sirah syeikh Ramadhan al-Buti rh (baca sampai habis)

 

 

DIBENARKAN MEMBAWA MASUK ORANG KAFIR KE DALAM MASJID SEKIRANYA DIHARAPKAN HIDAYAH DAN KEISLAMANNYA

(ptj – dia hampir dengan Islam dan tidak menunjukkan kedegilan terhadap Islam)

Kamu telah lihat bagaimana Nabi SAW menyambut delegasi Thaqif di Masjid baginda untuk berbicara dan mengajar mereka, lalu jika ia dibolehkan bagi seorang musyrik, maka adalah lebih dibolehkan bagi ahli kitab. Nabi SAW sendiri pernah menerima delegasi kristian Najran, ketikamana mereka datang untuk mendengar tentang kebenaran serta mempelajari tentang Islam.

Az-Zarkasyi berkata: Ketahuilah bahawa ar-Rafie dan an-Nawawi (moga Allah rahmati mereka berdua) menjelaskan bahawa diharuskan bagi kafir untuk memasuki masjid selain Masjidil Haram dengan izin muslim, dengan beberapa syarat:

1. Beliau mestilah tidak disyaratkan larangan memasuki masjid dalam akad zimmah (kontrak kewarganegaraan bukan muslim). Jika dia telah disyaratkan dengan perkara itu (dalam kontraknya) maka dia tidak dibenarkan untuk memasukinya.

2. Hendaklah muslim yang mengizinkannya masuk itu seorang mukallaf yang lengkap ciri-cirinya (berakal, baligh).

3. Hendaklah masuknya kafir itu dengan tujuan untuk mendengarkan bacaan al-Quran atau pengajian ilmu, dan diharapkan keislamannya (sudah dekat atau mempunyai minat terhadap islam), atau untuk membaiki bangunan masjid atau perkara seumpamanya.

 

 

Dan mengikut al-Qadhi Abu Ali al-Fariqi, sekiranya dia masuk untuk mendengar al-Quran atau mendengar pengajian sedangkan dia tidak diharapkan keislamannya (memang tidak punya minat untuk masuk islam, atau jelas kedegilannya) maka sesungguhnya dia dilarang (dari memasuki masjid) dan kita tidak harus memberikan keizinan padanya untuk masuk, contoh apabila situasi dirasakan seolah satu penghinaan, atau [GARIS MERAH] seolah satu bentuk permainan politik untuk dapatkan matlamat tertentu, sepertimana hal yang biasa dilakukan oleh orang luar zaman sekarang.

*********tamat terjemahan*********

Adalah dilarang orang kafir untuk masuk ke dalam masjid jika masuknya itu dengan tujuan mendapatkan mileage politik. Saya kira begitu juga halnya dengan orang kafir menghadiri majlis berbuka puasa kaum muslimin.

Jika kehadirannya sebagai helah untuk meraih pengaruh politik, maka ia adalah dilarang. Lagi-lagi ia sudah jelas kedegilannya atau permusuhannya terhadap kedudukan islam. Saya tidak qiaskan hukum orang kafir menyertai majlis buka puasa dengan hukum orang kafir memasuki masjid.

Saya cuma mengambil hukum umum larangan bersedudukan dengan orang kafir yang mahu membawa fitnah (kerosakan) pada agama kaum muslimin dan kedudukan mereka. Wallahua’lam.

Ustaz Zaid Zainur Rashid

www.indahnyaislam.my

—-—

Sumbangan ikhlas untuk dakwah Indahnya Islam:

https://www.billplz.com/indahnyaislam

MYDAKWAH RESOURCES
5628 3464 5315 (Maybank Islamik)

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *



Sumbangan
Related Posts