Parlimen Turki lulus hantar tentera ke Qatar

 

ANKARA – Parlimen Turki, kelmarin meluluskan langkah untuk mengerah tentera ke Qatar di tengah-tengah perselisihan yang semakin meruncing antara Doha dan negara jiran di rantau Teluk Parsi.

Ia diluluskan selepas 240 ahli Parlimen kebanyakannya daripada parti pemerintah, Parti Pembangunan dan Keadilan (AKP) menyokong keputusan tersebut.

Jurucakap kerajaan memaklumkan, sehingga 3,000 tentera akan dikerah ke Qatar sebagai sebahagian daripada program untuk meningkatkan kerjasama ketenteraan dengan Doha.

Difahamkan, draf langkah itu dibuat sebelum krisis tercetus antara Doha dan Arab Saudi, Emiriyah Arab Bersatu (UAE) serta Bahrain.

Rang undang-undang berasingan untuk tingkat kerjasama tentera antara Turki dan Qatar turut diperkenal ketika sidang itu.

Susulan konflik terbaharu di Timur Tengah itu, Ankara menyatakan kesediaannya jadi pengantara bagi selesaikan isu terbabit selain zahir sokongan terhadap Doha dan menolak tuduhan yang mendakwa negara itu biayai keganasan.

Presiden Recep Tayyip Erdogan dalam satu kenyataan berkata, Qatar sebenarnya mengetuai usaha memerangi keganasan serantau dan beliau turut kecam keputusan negara terlibat yang memutuskan hubungan diplomatik dengan Doha. – Sinar Harian

www.indahnyaislam.my

 

Total
0
Shares
1 comment
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *



Sumbangan
Related Posts