Masjid beri perlindungan kepada mangsa kebakaran London

 

Masjid Al-Manaar berhampiran menawarkan perlindungan kepada semua mangsa tanpa mengira agama untuk tinggal di masjid itu.

Melalui Facebook, pengurusan masjid itu menyatakan: “Masjid dan Pusat Al-Manaar dibuka sebagai perlindungan sementara untuk mereka yang menjadi mangsa kebakaran Menara Grenfell Tower.

“Mangsa tanpa mengira agama dialu-alukan untuk berlindung, berehat, tidur, makan dan minum.

“Sukarelawan dan kakitangan Al-Manaar akan menghantar air, kurma dan keperluan lain kepada mangsa. Doa kami bersama anda ketika musibah ini.”

Seorang wanita tempatan berkata: “Jika bukan kerana remaja Islam sekitar sini dan yang datang dari masjid mungkin lebih ramai akan mati.

“Mereka yang pertama tiba membawa air dan membantu orang ramai.”

Andre Barroso, 33, memberitahu Independent: “Penduduk Islam bertanggungjawab mengejutkan penghuni lain keluar segera dari bangunan.

“Saya nampak penduduk Islam di mana-mana. Mereka juga menyediakan makanan dan pakaian.” – Harian Metro

www.indahnyaislam.my

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *



Sumbangan
Related Posts