ADA beberapa belum Muslim sering tidak berpuas hati dengan apa yang kami tulis. Apabila kami menulis tentang agama lain yang disertakan dengan rujukan, mereka marah dan suruh jangan tulis pasal agama orang lain dan tulis sahaja pasal Islam. Namun, apabila kami tulis hanya berkenaan Islam sahaja, mereka juga tidak puas hati.
Antaranya ada di antara mereka menuduh kami membawa fahaman sesat yang tak ikut ajaran Islam (bayangkan seseorang yang belum Muslim dan tak pandai pasal Islam tuduh kami sebagai Muslim tak ikut ajaran Islam).
Individu itu sangat marah dan menuduh kami galakkan keganasan dengan mengatakan orang Islam yang jahat juga boleh masuk syurga. Beliau juga mengatakan apa yang kami cakap ini tidak masuk akal dan jawapan kami itu yang menyebabkan ramai orang Islam nak jadi pengganas.
Inilah masalah yang pernah kami sebut sebelum ini tentang para Islamophobic iaitu suka ‘strawman fallacy’ (Substituting a person’s actual position or argument with a distorted, exaggerated, or misrepresented version of the position of the argument. Person 2 restates person 1’s claim (in a distorted way).
Apa yang kami tulis adalah seseorang Muslim yang jahat dan terlibat dengan dosa besar selagi tidak syirik (menyekutukan Allah), akan dihukum di neraka buat satu tempoh dan selepas itu akan dimasukkan ke syurga kerana dosa yang paling besar yang tidak akan diampunkan oleh Allah Subhanu Wa Ta’ala adalah syirik. Firman Allah Subhanu Wa Ta’ala;
“Sesungguhnya Allah tidak akan mengampunkan dosa syirik mempersekutukanNya (dengan sesuatu apajua), dan akan mengampunkan dosa yang lain dari itu bagi sesiapa yang dikehendakiNya (menurut aturan SyariatNya).”[An-Nisa 4:48]
Memandangkan golongan ini mahukan logik, maka berikan logik agar mereka memahaminya.
Dua orang individu sering mengisi minyak di stesen minyak Shell. Lelaki A membelanjakan lebih kurang RM500 setiap bulan manakala Lelaki B hanya membelanjakan RM200 setiap bulan. Suatu hari Lelaki A ternampak Lelaki B dapat beg laptop PERCUMA di kaunter Shell. Maka Lelaki A pun ke kaunter Shell dan meminta satu beg laptop seperti Lelaki B tadi.
Namun, pekerja Shell meminta maaf dan berkata beg laptop itu tidak dapat diberikan kepada Lelaki A yang menyebabkan Lelaki A itu naik angin dan memarahi pekerja Shell itu yang tidak logik, kerana beliau membelanjankan RM500 setiap bulan tak dapat beg tetapi Lelaki B yang belanja RM200 dapat beg. Ini penindasan.
Maka pekerja Shell menjawab;
“Maaf ya Encik. Lelaki B mempunyai keahlian Bonuslink dan beliau ‘swipe’ kad Bonuslink apabila membeli barang dan mengisi minyak yang membolehkan beliau kumpul ‘points’, tetapi encik walaupun isi minyak RM500 setiap bulan, tetapi encik takde keahlian Bonuslink yang menyebabkan encik takde akaun dengan Bonuslink dan tidak dapat kumpul ‘points’ bagi menebus hadiah seperti Lelaki B”.
Jawapan pekerja Shell ini menyebabkan Lelaki A semakin berang lalu berkata;
“Anda tak boleh buat akaun automatik kah? Kenapa you orang takde promote kepada saya pasal Bonuslink ini?”
Pekerja Shell menjawab;
“Encik, tiada paksaan untuk menjadi ahli Bonuslink kerana mereka yang berminat dan tahu ganjarannya perlu mengisi borang itu sendiri dan tandatangan. Kami juga sering promote Bonuslink bukan sahaja di kaunter stesen ini dengan pelbagai poster berkenaan dengan Bonuslink, malahan staf kami juga sering bertanya ‘ada Bonuslink kad’ kepada setiap pelanggan kami. Bonuslink juga ada iklan besar-besar di tepi jalan.”
Walaupun masih marah kerana tidak dapat menebus beg laptop, Lelaki A itu akur dengan jawapan yang diberikan oleh pekerja Shell tadi. Begitu jugalah perumpamaan Muslim yang berdosa dapat masuk syurga, dibandingkan dengan bukan Muslim yang baik tetapi masuk ke neraka.
Muslim yang berdosa mempunyai kad keahlian dan kad keahliannya masih berkuatkuasa kerana beliau tidak melakukan sesuatu yang menyebabkan kad keahliannya terbatal iaitu syirik. Bukan Muslim yang baik macam mana pun tiada kad keahlian seperti Lelaki A tadi yang belanja lebih banyak berbanding Lelaki B, tetapi tak dapat menebus beg laptop kerana tiada akaun Bonuslink. No membership.
Muslim dapat kumpul points, tetapi bukan Muslim takde points langsung sebab tiada membership. Nak apply membership Islam tiada paksaan sebagaimana nak jadi ahli Bonuslink juga tiada paksaan. Nak jadi ‘member’ Islam (iaitu menjadi Muslim) ADALAH PERCUMA iaitu dengan melafazkan dua kalimah syahadah sahaja. Promosi berkenaan tentang Islam juga banyak khususnya di Malaysia.
Namun mungkin ada yang argue, tapi banyak misinformation disebarkan oleh media dan orang Islam sendiri so macam mana mahu berminat untuk belajar pasal agama Islam. Maka jawapannya kami adalah, Allah telah mengurniakan akal kepada setiap manusia untuk berfikir dan Allah juga telah memberikan masa 24 jam sehari untuk setiap manusia gunakan bagi menyiapkan bekalan untuk bertemu dengan-Nya di akhirat nanti.
Apa yang anda tunggu lagi, keahlian masih terbuka untuk anda yang belum Muslim selagi matahari belum terbit dari Barat, kematian belum lagi menyapa atau kiamat masih belum lagi terjadi. Anda masih sempat meraih syurga dengan keahlian percuma ini.
Kepada Muslim, anda pasti akan ditanya telahkah anda menyampaikan Islam kepada mereka yang belum Muslim. Bersediakah kita menjawab di hadapan Allah Subhanu Wa Ta’ala kelak?
Firdaus Wong Wai Hung
Presiden Multiracial Reverted Muslims (MRM)
www.indahnyaislam.my
Muslim jahat masuk syurga, kafir baik masuk neraka? Saya kurang setuju dengan kenyataan ini.
1. Perlu dijelaskan lagi tentang golongan yg boleh dipanggil kafir neh. Dalam Al-Quran atau sirah nabi, golongan yg macam mana yg dikategorikn kafir. Sebagai contoh kaum ansar dalam kisah hijrah, tiada pula di panggil kaum kafir ansar sebab majoriti mereka bukan beragama islam sebelum hijarah. Adakah non-muslim=Kafir, kalau betul apakah nasib rakyat korea selatan. Adakah mereka semua kafir, ahli neraka dunia dan akhirat, sedangkan mereka x berpeluang untuk menganut agama lain.
2. Analogi mudah kad bonus link adalah sangat mudah menyebabknnya kurang tepat. Agama adalah sebahagian cara hidup seseorng insan ianya bukan satu platform untuk mengumpul bonus sahaja. Oleh itu membandingkn agama dengan kad bonuslink adalah tidak sesuai. Untuk menukar agama dan kepercayaan bukanlah sesuatu yg mudah, banyak perkara yg perlu difahami dan banyak rintangan perlu ditempuhi. Contoh yg pling mudah : kenapa seorng melayu (disebabkn melayu adalah majoriti muslim di Malaysia) beragama islam dan kenapa melayu itu kekal dengan agama islam. Hal ini disebabkan melayu itu telah dilahirkan dalam keluarga islam dan diberi didikan agama islam sejak dari kecil lagi. Melayu ini juga dididik supaya patuh kepada agamanya dan dilarang mendekati agama lain. Melayu ini akan kekal islam selagi tiada unsur lain yang boleh membuktikan ada agama lain yg lagi betul dari islam (sememangnya xde agama yg lagi betul dari islam). Situasi ini juga adalah valid untuk diguna pakai oleh cina yang bergama budha atau india yg bergama hindu.
Pada pendapat saya manusia biasa seperti kita adalah tidak layak untuk mengatakan sesiapa sahaja sebagai kafir dan kita juga xlayak untuk menentukan siapa ahli neraka dan siapa bukan kerana tugas kita sebagai umat islam adalah lebih kepada berdakwah bukan menghukum.sekian terima kasih.