Kami menerima berita pemergian seorang ulama’ hadith yang masyhur, Maulana Mohammad Younus Jounpuri. Beliau telah berkhidmat mengajar hadith terutamanya Sahih al-Bukhari di Mazahir Ulum Sahranpur selama 55 tahun.
Mengikut cerita yang disampaikan, gurunya Maulana Zakaria al-Kandahlawi pernah menawarkan anaknya untuk dijadikan isteri namun Maulana menyatakan, “Saya telah pun bernikah dengan ilmu hadith hingga akhir hayat saya.”
Jika sesiapa bertanya siapakah muhaddith India/Pakistan yang paling alim sekarang. Maka jawapannya tidak lain dan tidak bukan Maulana Yunus Jounpuri. Maulana Zakaria sendiri kerap bertanyakan masalah hadith kepada anak muridnya ini.
Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas rohnya dan menempatkannya bersama dengan para anbia dan orang soleh.
اللهم اغفر له وارحمه , وعافه واعف عنه
Sahibus Samahah Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri
Sumber: https://www.facebook.com/drzulkiflialbakri/posts/1587745097955953
www.indahnyaislam.my