BEIRUT – Lebih 600,000 rakyat Syria yang meninggalkan kediaman kerana peperangan pulang ke rumah sejak awal tahun ini, kata Organisasi Antarabangsa bagi Migrasi (IOM).
IOM dalam satu kenyataan berkata, seramai 602,759 rakyat Syria yang kembali ke rumah mereka antara Januari dan akhir Julai lalu.
“Dari Januari hingga Julai 2017, kira-kira 808,661 orang telah dipindahkan, malah lebih dua atau tiga kali, dan lebih daripada enam juta orang kini masih berada di negara ini,” kata IOM.
Menurut statistik dari IOM, kerajaan Aleppo menerima 67 peratus jumlah penduduk yang pulang ke kediaman mereka pada tahun ini.
Kebanyakan daripada mereka memutuskan untuk kembali semula ke bandar terbabit ekoran keadaan ekonomi dan keselamatan yang lebih baik berbanding di kawasan perlindungan sementara.
Malah, satu per empat daripada penduduk Syria membuat keputusan demikian untuk melindungi harta dan kediaman mereka. Sementara, 11 peratus daripada mereka menganggap keadaan keselamatan yang bertambah baik di bandar itu. – Ismaweb
www.indahnyaislam.my