RIYADH – Arab Saudi akan membuka pintu sempadannya berhampiran Qatar untuk membolehkan warga negara itu memasuki Tanah Suci untuk menunaikan ibadah haji.
Sempadan itu ditutup selepas Arab Saudi dan negara bersekutu lain memutuskan hubungan diplomatik dan perdagangan dengan Qatar pada 5 Jun lalu.
Agensi berita Saudi Press berkata, Raja Arab Saudi, Raja Salman Abdulaziz Al-Saud memerintahkan supaya sempadan Salwa dibuka untuk jemaah Qatar bagi memudahkan mereka menunaikan rukun Islam kelima.
Pengumuman itu dibuat selepas Putera Mahkota Mohammed Salman menerima utusan dari Doha, dalam pertemuan peringkat tertinggi yang pertama di antara negara itu selepas krisis meletus.
Malah,Raja Salman turut mengarahkan jet milik penerbangan Saudi dihantar ke lapangan terbang Doha untuk membawa jemaah Qatar manakala kos ditanggung baginda. – Ismaweb
www.indahnyaislam.my