Askar rejim Myanmar bakar penempatan muslim Rohingya

 

RAKHINE (MYANMAR) – Data satelit yang diakses kumpulan pemantau hak asasi manusia menunjukkan sekurang-kurangnya 10 kawasan di Rakhine sekarang ini terbakar, berikutan tindakan askar rejim Myanmar ke atas muslim Rohingya.

Penduduk dan aktivis menuduh askar menembak secara rambang ke arah lelaki, wanita dan kanak-kanak muslim Rohingya dan melakukan pembakaran.

Pemantau Hak Asasi Manusia (HRW) dalam satu kenyataan hari ini mendesak kerajaan Myanmar membenarkan pemerhati bebas memasuki kawasan itu untuk mengenal pasti punca kebakaran dan menilai tuduhan berlaku pencabulan terhadap hak kemanusiaan.

HRW berkata, kebakaran merebak sehingga 100 kilometer, lebih luas daripada pembakaran yang dilakukan askar rejim itu pada Oktober tahun lalu, di mana data menunjukkan 1,500 bangunan musnah.

Lokasi kejadian ada kaitan dengan kenyataan saksi dan laporan media yang mengatakan kebakaran itu sengaja dilakukan, kata kumpulan pemantau itu.

 

burma.jpg

 

“Data satelit baharu ini sepatutnya menimbulkan kebimbangan dan tindakan segera agensi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) untuk menggesa kerajaan Myanmar mendedahkan sejauh mana kemusnahan yang berlaku di Rakhine.

“Meletakkan semua kesalahan terhadap kumpulan pejuang Rohingya, tidak membebaskan kerajaan Myanmar daripada kewajipan antarabangsa untuk menghentikan penyalahgunaan kuasa dan menyiasat pelanggaran yang didakwa dilakukan,” kata HRW.

Setiausaha Agung PBB, Antonio Guterres amat prihatin terhadap laporan orang awam terbunuh, kata jurucakapnya, Stephane Dujarric.

Lebih 3,000 pelarian Rohingya tiba di Bangladesh dari Myanmar, di mana etnik muslim minoriti itu berdepan penganiayaan sejak tiga hari lalu, kata Suruhanjaya Tinggi PBB Mengenai Pelarian (UNHCR). – Ismaweb

www.indahnyaislam.my

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *



Sumbangan
Related Posts