Hamas boleh kalahkan Fatah dalam pilihan raya Palestin: Kajian

 

GAZA – Pemimpin utama Pergerakan Perjuangan Islam Palestin (Hamas), Ismail Haniyeh dijangka mengatasi pemimpin Pihak Berkuasa Palestin (PA) yang juga Ketua Fatah, Mahmoud Abbas, dalam pilihan raya yang bakal diadakan nanti, lapor akhbar Al-Resalah, semalam.

Satu pungutan suara yang dijalankan Pusat Kajian dan Penyelidikan Dasar Palestin menunjukkan 41.7 peratus mereka yang ditanya, memilih Abbas dan 49.8 peratus lagi akan mengundi Haniyeh, dalam pilihan raya Presiden yang bakal diadakan.

Pusat kajian itu berpangkalan di Ramallah, Tebing Barat.

Menurut Al-Resalah, pengarah pusat kajian itu, Khalil Shikaki memberitahu agensi berita Jerman bahawa Abbas telah hilang populariti di Gaza kerana langkah yang diambilnya terhadap rakyat Palestin yang tinggal di Semenanjung Gaza yang dikepung rejim Israel.

Beliau menambah bahawa Abbas terus menerus mengetatkan kawalan ke atas penduduk Palestin di Gaza, walaupun beliau kurang mendapat sokongan.

17 September lalu, Hamas menyatakan kesediaan menyerahkan Semenanjung Gaza kepada kerajaan konsensus Abbas, dan bersetuju berunding dengan Fatah, bagi membubarkan jawatankuasa pentadbiran Gaza dan mengadakan pilihan raya umum.

Langkah itu diambil bagi memeterai satu perjanjian bagi menamatkan persengketaan antara dua kumpulan berkenaan dan menyerahkan Semenanjung Gaza kepada Perdana Menteri, Rami Hamdallah.

Semenanjung Gaza diletakkan di bawah pentadbiran Hamas dengan gaji dibayar oleh PA, sementara kawasan lain di Palestin ditadbir oleh PA. Sesetengah kawasan pula ditadbir oleh Israel.

April lalu, Abbas mengenakan tekanan terhadap pentadbiran Gaza, apabila memotong bayaran elektrik yang dibekalkan Israel. Langkah itu menyebabkan rejim Zionis memendekkan tempoh membekalkan tenaga elektrik di Gaza.

Abbas juga mengurangkan penghantaran ubat-ubatan dan memotong gaji kakitangan Hamas di Gaza, menyebabkan ramai yang terpaksa bersara awal. – Ismaweb

www.indahnyaislam.my

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *



Sumbangan
Related Posts