Tan Sri Muhammad Ali praktik prinsip ekonomi Islam

 

KUALA LUMPUR: “Allahyarham (Tan Sri Muhammad Ali Hashim) mempraktikkan prinsip ekonomi Islam dalam sistem pengurusan korporat,” demikian kata Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) JCorp, Datuk Kamaruzzaman Abu Kassim.

Kamaruzzaman dalam satu kenyataan hari ini, berkata Muhammad Ali yang juga bekas Presiden dan CEO JCorp komited melaksanakan program pembangunan keusahawanan Bumiputera selain memperkenalkan wakaf korporat sekali gus menjadikan beliau antara tokoh ekonomi terkemuka di negara ini.

Pada masa sama, katanya, pihaknya amat berbangga dengan sumbangan Allahyarham yang pernah menerajui Jcorp sehingga menempa pelbagai kejayaan.

“Seluruh anggota pekerja dan barisan pengurusan JCorp serta syarikat kumpulannya merakamkan ucapan takziah dengan pemergian Muhammad Ali ke rahmatullah petang tadi.

“Sebagai seorang Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif JCorp selama lebih 28 tahun iaitu dari 1982 hingga 2010, Allahyarham menyumbang jasa dan bakti hingga menjadikan JCorp sebagai sebuah konglomerat yang disegani di rantau ini.

“Kita doakan semoga roh Allahyarham ditempatkan di kalangan hambanya yang soleh dan beriman,” katanya.

Muhammad Ali, 70 , menghembuskan nafas terakhirnya kira-kira jam 4 petang tadi di KPJ Damansara akibat kanser. – Berita Harian

www.indahnyaislam.my

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *



Sumbangan
Related Posts