BENARLAH sabda Nabi, urusan muslim ini sungguh menakjubkan. Apabila ditimpa musibah, mereka bersabar, dan kesabaran mereka adalah rahmat buat semua. Konsep ini terpamer dalam sirah sahabat:
1 – Ummu Sulaym melihatkan kesabaran yang luar biasa ketika kematian anak. Bukan sahaja beliau berjaya menenangkan suami beliau Abu Talhah, malah kebijaksanaan mereka mengurus ujian ini dipuji Allah dan Rasul. (Riwayat al-Bukhari)
2 – Saidina Harithah ibn Suraqah terkorban syahid dalam perang Badar. Datang ibunya bertanya tentang anaknya lalu Rasulullah menyatakan bahawa Harithah dijanjikan syurga. Ibunya pulang dalam keadaan tertawa. (Riwayat al-Bukhari)
3 – Di dalam hadith Ata’ ibn Abi Rabah, seorang perempuan dikatakan datang berjumpa Nabi mengadu tentang penyakit sawannya (epilepsy). Rasulullah bersabda, sekiranya engkau mahu, aku boleh mendoakan kesejahteraan (kesihatan) buat engkau. Perempuan itu memilih untuk bersabar.
4 – Al-Imam al-Bayhaqi menukilkan bahawa Zaid ibn al-Arqam mengalami penyakit mata. Beliau diziarahi Nabi. Rasulullah lalu bersabda bagaimana sekiranya pandangan mu hilang ditarik Allah. Zaid berkata aku akan bersabar. Rasulullah lalu bersabda, aku melihat engkau akan dijanjikan syurga.
5 – Hasan al-Basri dinukilkan berpesan, janganlah kamu membenci musibah yang menimpamu, barangkali (kesabaran dalam musibah) menyelamatkan kamu (dari azab neraka)
Alangkah ajaibnya musibah yang menimpa muslim ini, mereka melupakan sengketa, perselesihan lama dan membantu saudara sesama muslim mahupun non-muslim. Marilah sama-sama kita membantu saudara kita yang ditimpa musibah.
Hulurkan sumbangan kepada saudara kita.
Ustaz Dr. Ahmad Sanusi Azmi
Penasihat Syariah Indahnya Islam
www.indahnyaislam.my
—-—
Sumbangan ikhlas untuk dakwah Indahnya Islam:
https://www.billplz.com/indahnyaislam
MYDAKWAH RESOURCES
5628 3464 5315 (Maybank Islamik)