KENTUCKY – Seorang lelaki muslim di Amerika Syarikat telah menarik perhatian besar media kerana telah melakukan sesuatu yang sukar dilakukan orang lain, iaitu memaafkan pembunuh anaknya.
Lelaki tersebut adalah Abdul Munim Sombat Jitmoud, yang kehilangan anaknya iaitu seorang penghantar pizza yang dibunuh seorang warga kulit hitam ketika melakukan pekerjaannya di Kentucky, AS.
Dalam sesi sidang pengadilan, Abdul Munim mengungkapkan bahawa Islam mengajarkan dirinya untuk menjadi pemaaf.
“Islam mengajarkan bahwa Allah tidak akan mengampuni orang sebelum orang yang disalahinya memberikan maaf kepada orang itu,” katanya di hadapan para hakim dan saksi yang hadir, baru-baru ini.
Dengan mata yang sedih, Abdul Munim juga mengatakan kepada tertuduh, Trey Alexander Relford, untuk memanfaatkan sisa hidup dengan baik setelah diberikan kesempatan kedua oleh Tuhan saat itu. Ucapan Abdul Munim disambut esakan dan tangisan hakim perempuan dan beberapa saksi yang hadir di pengadilan.
Pada April 2015, mangsa Salahuddin Jitmoud, sedang menghantar pesanan pizza di kawasan kompleks Lexington, Kentucky, sebelum dia ditikam sampai mati dan dirompak di sebuah kompleks apartmen di lokasi itu. Mayatnya dijumpai tidak lama setelah kejadian.
Tiga orang ditangkap dalam kejadian tersebut, namun seorang hakim hanya mendakwa Trey kerana dia merupakan perancang utama rompakan dan pembunuhan itu.
Trey dijatuhi hukuman 31 tahun penjara setelah mengaku bersalah atas keterlibatannya dalam pembunuhan, rompakan tersebut.
Dalam pidato yang disiarkan CNN, Trey juga mengucapkan beberapa kata sebelum dia berhenti kerana tangisan dari matanya.
“Tidak banyak yang boleh saya katakan, saya menyesal dan meminta maaf tentang apa yang terjadi hari itu, saya tidak dapat melakukan apapun untuk mengembalikannya kepada anda.”
www.indahnyaislam.my
As-sa-la-mu-‘a-lai-kum w.b.t. Weird law in US. A kil-ler should have paid the fa-mi-ly ac-cor-ding to the mus-lim law. Well, what goes was al-rea-dy known and god al-rea-dy writ-ten al those that will hap-pen. Per-haps those coun-try was al-rea-dy in loss. Ha-ha. A-po-lo-gize for my wrong. What was good was from Al-lah s.w.t. What was bad was from me. Tak-bir! Al-la-hu-ak-bar! Tak-bir! Al-la-hu-ak-bar! Tak-bir! Al-la-hu-ak-bar! Was-sa-la-mu-‘a-lai-kum w.b.t.
Subhanallah