MADINAH – Foto seorang warganegara Israel menjadi tular dan mendapat kecaman di laman sosial kerana bergambar di Masjid Nabawi, Madinah.
Lelaki yang bernama Ben Tzion itu dilaporkan memuatnaik gambar tersebut di laman Facebooknya.
Tindakannya itu, menimbulkan kemarahan netizen hingga tercetusnya hashtag tular berbahasa Arab menyatakan “Seorang Zionis di Masjid Nabi”.
Ramai yang menyatakan kekecewaan mereka melihat gambar sedemikian.
Tzion dilaporkan turut mempunyai sejarah memuatnaik gambar di lokasi agama di seluruh Timur Tengah, dari Iran ke Jordan.
Dalam temu bual dengan akhbar Israel, dia berkata, adalah hobinya melawat negara-negara Islam.
“Walaupun orang bukan Islam dilarang masuk ke bandar Makkah, tempat keagamaan di Madinah terbuka kepada orang ramai,” kata Tzion.
Tzion, yang mempunyai dua kewarganegaraan iaitu Rusia dan Israel, tidak mendedahkan pasport mana yang digunakannya untuk memasuki Madinah tetapi menegaskan bahawa dia selalu melancong secara sah dan dengan kertas kerja yang sesuai.
Pengguna media sosial turut menggesa pengurusan laman sosial Instagram untuk memadam akaun Tzion.
Menurut BBC, kontroversi ini muncul ketika hubungan antara Israel dan Arab Saudi bertambah baik di berikutan kebimbangan strategik yang sama terhadap Iran.
Malah, Ketua tentera Israel, Jeneral Gadi Eizenkot berkata bahawa Israel bersedia berkongsi maklumat perisik dengan Arab Saudi.
Seorang pembangkang Saudi yang tinggal di London, Dr Saad al-Faqih, mendakwa di Twitter bahawa alasan lawatan Tzion itu adalah “persahabatan peribadi” dengan Putera Mahkota Arab Saudi, Mohammed bin Salman. – Ismaweb
www.indahnyaislam.my
kenapa perlu dikecam?
dia sndiri dh mengaku yg dia gemar melancong ke negara islam. dia tak memberi sebarang ancaman pun.
kalau dia spy sekalipun bodohlah dia mengaku dkt public.
pelik betul, dgn bnda2 mcm ni pun umat islam boleh terasa dihina. terlampau paranoid betul umat islam skrng ni
moga2 dgn lawatan dia ke madinah akan menjadi dia utk menjadi seorg muslim.