“Bila bas ni nak berhenti solat Subuh?”

 

SEJAK kebelakangan ini, saya kerap menggunakan bas pengangkutan awam untuk perjalanan yang jauh.

Satu perkara yang merisaukan saya ialah bas tidak berhenti untuk penumpang solat subuh. Saya rasa ada juga orang lain yang risau perkara yang sama.

Kali pertama, pemandu bas berhenti di RnR dan menggunakan mikrofon bercakap

“Siapa-siapa nak pi tandas, nak solat subuh boleh turun…”

Huh lega saya mendengarnya. Alhamdulillah. Dalam hati saya memuji pemandu bas ini yang mengambil kira solat Subuh dalam agenda perjalanan. Saya bertekad untuk menggunakan perkhidmatan bas ini pada waktu lain.

Kali kedua, saya menggunakan bas dari syarikat yang sama. Saya menunggu-nunggu bila pemandu bas hendak berhenti untuk solat Subuh.

Bas berhenti atas permintaan seorang penumpang yang hendak ke tandas. Saya mengambil peluang ini untuk memberitahu pemandu, saya hendak solat Subuh dan dia menyuruh saya melakukannya dengan cepat!

Kali ketiga, bas kerap berhenti sebelum waktu solat Subuh atas permintaan penumpang yang hendak ke tandas. Bila masuk waktu Subuh, pemandu bas marah-marah bila diminta berhenti lagi. Alasannya dah kerap berhenti.

Pada waktu lain, saya memilih syarikat bas lain, saya memerhatikan waktu Subuh sudah masuk 15 minit tetapi tiada tanda bas hendak berhenti.

Saya berjumpa dengan pemandu bas dan bertanya,

“Encik, ada tak nak berhenti?

Jawab pemandu, “Nak berhenti buat apa tu?”

“Saya nak solat subuh”

“Ok nanti saya singgah RnR”.

Bila berhenti ada 3 penumpang yang turut sama turun mengerjakan solat.

Dalam hati saya hairan, setakat yang saya jumpa pemandu bas terdiri daripada orang Melayu dan saya pasti dia orang Islam.

Tiada agendakah dalam perjalanan untuk solat Subuh bila masuk waktu solat?

Saya hendak mencadangkan semua syarikat bas memasukkan agenda solat Subuh sebagai agenda wajib bagi perjalanan yang memungkinkan tidak sempat solat Subuh di destinasi yang hendak dituju.

Ummuhasan Jantan

Sumber: http://isma.org.my/v2/bila-bas-ni-nak-berhenti-solat-subuh/

www.indahnyaislam.my

Total
0
Shares
2 comments
  1. sangat sangat menyokong.. solat adalah tiang dan benteng agama, bukanlah bila sebut nak solat subuh dah kata berlagaklah, tunjuk alim la.. tetapi inilah tuntutan agama sebab bila ditanya dihadapan allah kenapa tak solat? apakah jawapannya malu, segan, takut atau malas.. dan kesemua ini berbalik pada kira, apakah tiada malu, segan atau takut dengan perintahNya?

    solat adalah rantai kebebasan, solat adalah puncak kemanisan dan solat yang mampu meraih ketenangan, kerana itu allah sebut hanya sedikit hambaNya yang bersyukur, salah satunya menunaikan solat, atau kita melihat solat sekadar penambah rasa aja.. kerana itu solat kita letak perkara yang terakhir untuk difikirkan..

    sekadar renungan, apabila yang tidak baik berlaku dalam perjalanan, sesudah menunai solat kita sudah ada insuran, bagaimana ketika berlaku kemalangan dalam keadaan belum melakukan solat, apa jawapan dan alasan untuk berikan pada allah s.w.t.. jawapannya kita langsung tiada alasan untuk membela diri.. jadikan solat sebagai amalan yang pertama dilumbakan, wallahualam

  2. Betul,saya sokong,kebanyakkan bas yang saya naik dari johor bahru ke kota bahru bas pasti akan berhenti,tapi kalau dari kota bahru ke johor bahru subuh gajah..satu lagi masalah penumpang,kalau penumpang perempuan boleh jadi ade uzur dalam sebulan,kalau penumpang lelaki takkan ade uzur juga,yang paling jilake tu dah bagus bangun turun bas,ingatkan solat subuh,tapi turun isap rokok dan panaskan badan kat luar bas,setel isap rokok naik bas balik solat sunuh tak..,hancusss.,,

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *



Sumbangan
Related Posts