Ulama Palestin seru umat Islam Malaysia melakukan ‘jihad harta’

 

BANGI – Umat Islam seluruh dunia serta di Malaysia khususnya diseru supaya membantu perjuangan Palestin ini dengan apa sahaja cara terutamanya terus membantu rakyat Palestin dengan memberi sumbangan harta bagi mengurangkan beban yang sedang ditanggung oleh saudara kita di sana.

“Saat dunia Arab sudah mula menutup pintu-pintu mereka terhadap rakyat Palestin yang semakin dizalimi, kini kami hanya mengharapkan bantuan serta sumbangan daripada umat Islam serata dunia termasuk Malaysia inilah untuk membantu perjuangan kami di sana.”

Presiden Kesatuan Ulama Luar Negara Palestin, Syeikh Dr Nawaf Takruri berkata demikian dalam satu ziarah rasmi untuk bertemu dengan Majlis Ulama ISMA (MUIS) yang diwakili oleh Dr Isa Hamzah.

Tegasnya lagi apabila kita melihat dalam al-Quran kita akan mendapati semua ayat yang menyebut tentang jihad pengorbanan jiwa pasti akan disebutkan bersama jihad harta itu sendiri, bahkan kesemua ayat tersebut akan mendahulukan pengorbanan harta sebelum pengorbanan jiwa kecuali satu tempat di dalam Al-Quran.

“Hal ini secara jelas menunjukkan bahawa kedua jenis jihad ini perlulah berjalan seiring, saat umat Islam Palestin mengorbankan darah dan tubuh mereka demi mempertahankan kota suci al-Quds sepatutnya umat Islam di sini mengorbankan harta dan keringat demi membantu perjuangan di sana”

Turut hadir dalam pertemuan tersebut ialah Syeikh Dr Hammam Said, Pengerusi Eksekutif Aman Palestin, Ustaz Abdullah Zaik Abdul Rahman serta Ketua Pegawai Eksekutif Aman Palestin,Ustaz Awang Suffian Awang Piut.

Katanya lagi hari ini pejuang Palestin sedang diuji dengan satu ujian yang sangat getir iaitu perjuangan Palestin sedang melangkah kebelakang seperti 15 tahun yang lalu di mana mereka merasakan perjuangan ini sedang dipikul sendirian dan hanya disokong oleh masyarakat awam sedangkan negara-negara Islam lain terus mengabaikan mereka.

“Jika kita hari ini terus leka dan tidak ambil kisah tentang perjuangan ini, aku takut-takut perjuangan ini akan mati dan rejim Zionis akan merampas seluruh tanah Palestin itu sendiri” – muis.org.my

www.indahnyaislam.my

Salurkan sumbangan kepada rakyat Palestin melalui Aman Palestin Berhad:

Bank Islam: 12029010047880
Maybank: 562263010787
CIMB: 8600460353
Atau klik link ini http://billplz.com/jommenyumbang

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *



Sumbangan
Related Posts