Isu Baitulmaqdis tidak selesai selagi Barat lindungi Israel: Dr Chandra Muzaffar

 

S: Apa sebenarnya agenda Trump ini?

J: Pada 1995, Presiden AS ketika itu, Bill Clinton, Kongres AS dan Senatnya memutuskan isu mengenai status Baitulmaqdis. Sudah jadi dasar mereka, ia ibu kota Israel. Apa yang Trump lakukan adalah meneruskan dasar AS, ini bukan baharu. Perbezaan Trump dengan Presiden terdahulu, George HW Bush dan Barack Obama adalah Trump mahu membuktikan semua pihak, beliau berjaya laksanakan. Trump satu-satunya Presiden AS, boleh lakukan. Ini yang dia mahu buktikan.

Pada hemat saya, Trump ingin tonjolkan dia berani kerana sebahagian besar penyokong adalah penyokong idea bahawa Baitulmaqdis adalah ibu kota Israel. Trump seperti memenuhi aspirasi dan cita-cita penyokongnya yang sebahagian besar, Zionis dan Kristian Zionis serta beberapa golongan lain yang berpegang kepada dasar luar AS.

Disebabkan sebahagian besar penyokongnya berorentasikan kepada matlamat ini, Trump menjadi jaguh. Republikan Russia memegang majoriti di Dewan Senat dan perwakilan tetapi golongan Zionis dan Kristian Zionis, jumlahnya mungkin sebahagian sahaja tetapi yang pasti sebahagian individu ini berpengaruh.

S: Kongres AS tidak boleh diharapkan?

J: Mungkin dalam soal lain mereka berpecah dan tidak setuju dengan Trump seperti soal kesihatan. Tapi ini soal dalaman. Soal Israel dan Baitulmaqdis dan kepentingan Israel, dua-dua parti (Republikan Russia dan Demokrat) ini akan bersama dan senada. Mungkin mereka nampak senyap tetapi aktif menyokong dasar ini. Mereka satu suara dan irama. Mustahil sama sekali Dewan Senat akan batalkan keputusan Trump atau bangkit menentang.

S: Bagaimana pula dengan peranan Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB)?

J: Saya tidak begitu optimis, mereka tidak akan membantu. Sebahagian besar mereka ini, jelas menyokong kedudukan Israel dan mahu Baitulmaqdis jadi ibu kota Israel. Ketika ini tiada kepastian apa akan berlaku. Tetapi yang saya yakin, kemerosotan kuasa dan hegemoni AS, ia kunci kepada perubahan isu Palestin. Sekiranya kuasa AS merosot, ada kemungkinan isu Palestin akan diselesai secara adil.

Mereka akan terus merosot atas sebab domestik dan antarabangsa. Kemerosotan dalam soal ekonomi, politik dan budaya dalam AS sendiri. Faktor luaran pula seperti munculnya China sebagai kuasa besar dunia dan Rusia, negara lain termasuk India, Korea Selatan dan mungkin suatu hari nanti, Turki serta Iran. Ini akan membawa perubahan besar kepada dunia dan isu Palestin.

S: Selain Turki, apakah negara yang disebut ini begitu peduli dengan isu Baitulmaqdis?

J: Kita jangan lupa bagi negara lain, isu utama yang menghantui politik dunia sejak, walaupun ada beratus isu yang timbul sepanjang 69 tahun ini. Isu utama yang membawa dampak kepada semua bidang kehidupan adalah isu Palestin dan Baitulmaqdis. Ini akan terus mempengaruhi dunia dan negara lain seperti China dan Rusia, mereka juga dengan jelas mengatakan apa yang dilakukan oleh AS melanggar undang-undang negara bangsa. Malah, China dan Rusia melangkah setapak lagi, menyatakan Al-Quds timur adalah ibu kota Palestin yang bakal dibentuk dan ibu kotanya adalah Baitulmaqdis.

S: Bagaimana penyatuan negara Islam boleh memberi tekanan kepada AS?

J: Sekiranya negara Islam boleh memastikan pengisytiharan Istanbul ini dilaksanakan iaitu dapat memujuk negara dan kerajaan lain, Baitulmaqdis adalah ibu kota kepada Palestin. Jika dapat yakinkan dan peroleh sokongan, ia satu kejayaan besar. Realitinya, negara Islam tunduk kepada kuasa dan telunjuk AS walaupun mereka kecam.

Buktinya, kita tengok peta Asia Barat, di mana terletaknya Iran. Sebahagian besar negara ini ada hubungan ketenteraan dengan AS. Contoh Qatar, pengkalan udara terbesar AS terletak di sana. Tentera laut di Bahrain paling besar adalah tentera AS. Mesir, hubungan ketenteraan dari segi pembelian senjata dan latihan tenteranya juga terbesar dari AS. Pembekal senjata utama Arab Saudi ialah AS. Di luar dunia

Arab, Turki contohnya, adalah ‘host’ kepada bekalan pangkalan tentera udara AS di bawah Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO), AS menempatkan tentera udara di Turki, itulah realitinya. Mereka begitu terikat kepada AS dan dominasi AS ada tiga sebab. Satu, ini adalah kawasan pembekal minyak di dunia, AS mahu kuasainya. Kedua, adalah satu-satu kawasan dunia di mana tiga benua bertemu, Afrika, Asia, dan Eropah. Jadi, ia kawasan paling strategik di dunia. Ketiga, ini yang paling penting, mereka menguasai rantau ini kerana Israel. Mereka mahu mengukuhkan kedudukan Israel.

S: Mengapa Israel begitu penting bagi AS?

J: Israel adalah negara yang direka dan dibentuk. Penduduknya sebahagian besar adalah Yahudi dari luar. Negara ini ditubuh dan dilindungi untuk kepentingan Barat dan Israel. Jangan harap negara Barat ini akan memihak kepada kita sebab mereka juga mahu menjamin kedudukan Israel. Matlamat akhir mereka adalah untuk bantu Israel. Bagi negara Arab pula, sebahagian besar mahu melindungi takhta mereka. Kita tahu sejarah kawasan Arab. Siapa yang mendirikan sistem diraja Al-Saud? Britain.

Negara teluk seperti Bahrain, Kuwait dan Qatar, sebahagian besar mereka ditubuh oleh Britain serta kuasa Barat. Realitinya, Barat dari dahulu mahu melindungi Israel. AS tidak pernah menjadi orang tengah. Apa yang berlaku sepanjang 70 tahun ini adalah satu permainan. Mereka mahu adakan perundingan, mahu hasilkan kedamaian, matlamat utama mereka adalah mahu melindungi Israel. Kita harus ‘berterima kasih’ kepada Trump, sebab selama ini tiada keikhlasan langsung dalam kalangan pemimpin AS terdahulu. Trump seperti sudah menamatkan permainan dan satu bentuk penipuan.

S: Jadi, bagaimana dengan masa depan Palestin?

J: Saya lebih berharap kepada rakyat jelata. Palestin boleh wujud sampai saat ini, sebabnya adalah keberanian rakyatnya. Mereka sanggup mati untuk mempertahankan Palestin. Selain itu, Turki dan Iran. Malah, rakyat di seluruh dunia termasuk di Afrika. Kalau mereka terus menyokong perjuangan Palestin, saya rasa tiga perkara akan berlaku, pertama rakyat Palestin dapat kekalkan momentum (melawan Israel).

Kedua, kemerosotan AS, di mana kuasa Barat yang sekian lama melindungi Israel, akan berubah.

Ketiga, sekiranya kuasa baharu muncul dan satu sistem politik antarabangsa akan wujud yang lebih adil serta seimbang, Saya yakin, selain China dan Russia, dalam pola baharu ini, negara Islam seperti Turki dan Iran, mereka ini ada pengaruhnya, mungkin suatu hari nanti juga Indonesia. Namun, prasyarat utama, Fatah dan Hamas mesti bersatu dulu.

Sumber: Berita Harian

www.indahnyaislam.my

—-—

Sumbangan ikhlas untuk dakwah Indahnya Islam:

MYDAKWAH RESOURCES
5628 3464 5315 (Maybank Islamik)

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *



Sumbangan
Related Posts