Umat Islam haram ikut aksi berkabung dengan lilin: Mufti Perak

 

KUALA LUMPUR: Menghadiri acara penghormatan terakhir kepada artis atau selebriti dengan aktiviti membawa belon dan lilin jelas merupakan perbuatan haram kepada orang Islam.

Mufti Perak, Tan Sri Dr Harussani Zakaria berkata, ia juga budaya kafir dan tidak harus menjadi ikutan terutama kepada golongan muda beragama Islam.

“Tidak boleh. Haram kalau buat kerja macam itu. Kalau artis atau individu itu orang Islam, kita hadiahkan al-Fatihah. Kalau bukan Islam, takkan hendak doakan syurga pula?

“Sudahlah dia bunuh diri, kenapa hendak ikut budaya kafir? Buat apa?” katanya ketika dihubungi.

 

 

Harussani mengulas perhimpunan kira-kira 100 peminat ahli kumpulan SHINee, Jong-hyun yang berkumpul di tepi Sungai Klang dekat Masjid Jamek, Kuala Lumpur pada Jumaat untuk memperingati pemergian penyanyi kesayangan mereka itu.

Peminat yang kebanyakan dari kawasan Lembah Klang tidak kira bangsa itu dilihat meratapi sambil memberi penghormatan terakhir ke atas selebriti Korea yang mati akibat meragut nyawa sendiri.

Rata-rata yang berkumpul dilihat membawa bersama lilin dan juga belon sebagai tanda simbolik pemergian penyanyi kumpulan SHInee itu.

Dalam pada itu tegas Harussani, ada pelbagai lagi aktiviti berfaedah yang boleh dilakukan berbanding meratapi pemergian artis yang mati kerana bunuh diri.

Pada Ogos lepas, Harussani dinobatkan Tokoh Ulama Sepanjang Zaman dalam Majlis Perdana Ulama-Umara dan Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) Islam Bersama Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Dalam pada itu, beberapa pengguna Twitter turut memberi pandangan masing-masing berhubung isu berkenaan.

https://twitter.com/najminawawi/status/944228557881974784

 

 

Jonghyun ditemukan tidak sedarkan diri oleh kakaknya beliau di kediamannya di Chungdam, Seoul kira-kira pukul 6 petang (waktu tempatan) 18 Disember lepas.

Artis itu dikejarkan ke hospital, tetapi akhirnya meninggal dunia.

Pihak polis mengesyaki insiden tersebut merupakan kes bunuh diri disebabkan laporan yang dibuat oleh kakak Jonghyun sendiri. – Astro Awani

www.indahnyaislam.my

—-—

Sumbangan ikhlas untuk dakwah Indahnya Islam:

MYDAKWAH RESOURCES
5628 3464 5315 (Maybank Islamik)

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *



Sumbangan
Related Posts