Liga Arab bahas isu Baitulmaqdis 1 Februari

 

AMMAN – Sekali lagi negara-negara anggota Liga Arab akan mengadakan pertemuan bagi membahaskan isu berkaitan situasi di Baitulmaqdis pada 1 Februari ini.

Perbincangan itu adalah tindakan susulan berhubung keputusan awal diambil Liga Arab untuk menangani langkah Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump yang mengiktiraf Baitulmaqdis sebagai ibu negara Israel.

Menteri Luar Jordan, Ayman Safadi berkata, negara Arab akan berusaha memujuk Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) mengiktiraf negara Palestin dengan Baitulmaqdis Timur sebagai ibu negara.

“Kami akan berhadapan keputusan itu dengan mendapatkan resolusi PBB, badan antarabangsa, untuk mengiktiraf negara Palestin dengan Baitulmaqdis sebagai ibu negaranya,” katanya.

 

 

Liga Arab menekankan keperluan menamatkan konflik Palestin-Israel yang berlarutan sejak sekian lama.

Keadaan menjadi kritikal selepas pengumuman Trump mengiktiraf Baitulmaqdis sebagai ibu negara Israel, termasuk memindahkan kedutaannya dari Tel Aviv ke wilayah itu.

Tindakan itu mencetuskan kemarahan umat Islam di Palestin dan antarabangsa sehingga mencetuskan bantahan di wilayah Palestin yang diduduki, Iran, Turki, Mesir, Jordan, Tunisia, Iraq serta negara Islam lain. – Ismaweb

www.indahnyaislam.my

Sertai kempen Malaysia Subuh Berjemaah Bebaskan Al-Aqsa: bit.ly/subuhaqsa

—-—

Sumbangan ikhlas untuk dakwah Indahnya Islam:

MYDAKWAH RESOURCES
5628 3464 5315 (Maybank Islamik)

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *



Sumbangan
Related Posts