BANGI – Tiga persatuan hotel hari ini menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) dengan Kementerian Sumber Manusia (KSM) bagi menarik balik polisi melarang pekerja wanita Islam bertudung.
Tiga persatuan itu adalah Persatuan Hotel Malaysia (MAH), Malaysian Association of Hotel Owners (MAHO) dan Persatuan Hotel Bajet Malaysia (MYBHA).
Aku janji berkenaan membabitkan lebih 3,000 hotel di seluruh negara yang bernaung di bawa tiga persatuan itu.
Menerusi MoU itu, pihak hotel dilarang mengenakan sebarang peraturan yang tidak membenarkan pekerja wanita Islam bertudung.
Timbalan Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri Dr Ismail Abd Muttalib yang turut sama dalam majlis MoU berkata, pihaknya akan terus memantau sektor perhotelan bagi memastikan mereka mematuhi aku janji berkenaan.
“Melalui aku janji ini, diharapkan hotel yang terlibat akan mematuhi kepada segala yang telah dipersetujui dan isu larangan bertudung ini tidak akan timbul.
“Ini kerana kerajaan tidak akan sesekali berkompromi dengan sebarang isu yang melibatkan diskriminasi kepada pekerja,” katanya seperti dilapor Utusan.
Isu larangan bertudung pekerja wanita di hotel mewah menjadi perhatian banyak pihak sejak beberapa bulan lalu, termasuk Ikatan Muslimin Malaysia (Isma).
Larangan tudung ini, dilaporkan bukan hanya untuk kakitangan barisan hadapan, tetapi turut melibatkan semua jabatan. – Ismaweb
www.indahnyaislam.my
—-—
Sumbangan ikhlas untuk dakwah Indahnya Islam:
MYDAKWAH RESOURCES
5628 3464 5315 (Maybank Islamik)