Tindakan Amerika pindah kedutaan episod bahaya: Liga Arab

 

KAHERAH – Setiausaha Agung Liga Arab, Ahmad Abu Al-Ghait berkata, keputusan Amerika Syarikat (AS) hendak memindahkan kedutaannya dari Tel Aviv ke Baitulmaqdis, adalah tindakan provokasi terhadap dunia Islam.

“Keputusan itu adalah episod baharu dan bahaya dalam siri provokasi dan keputusan yang salah yang berterusan sejak Disember tahun lalu,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Jumaat lalu, Washington mengumumkan akan memindahkan kedutaannya ke Baitulmaqdis 14 Mei ini sempena hari kebangsaan rejim pengganas Israel, sehari sebelum ulang tahun Peristiwa Nakba.

“Keputusan itu memusnahkan harapan kepada proses damai antara Palestin dan Israel,” katanya.

Dengan tindakan itu juga, beliau berkata, AS hilang kredibiliti sebagai penaja proses damai.

Keputusan Washington itu dibuat selepas Setiausaha Negara, Rex Tillerson meluluskan pelan akhir keselamatan untuk penempatan semula kedutaan AS pada Khamis lalu, walaupun Naib Presiden, Mike Pence sebelum ini, berkata, pemindahan akan dilakukan hujung 2019.

Mengikut rancangan Washington, kompleks kedutaan di Tel Aviv sekarang akan terus beroperasi sebagai pejabat konsulat dan akan menjadi cawangan kepada pejabat kedutaan di Baitulmaqdis.

Wilayah Palestin yang diduduki secara haram oleh rejim pengganas Israel, menyaksikan kebangkitan penetangan hebat sejak Disember tahun lalu, selepas Presiden AS, Donald Trump mengisytiharkan Baitulmaqdis sebagai ibu negara Israel.

Sejak Disember lalu 25 rakyat Palestin terbunuh ketika mengadakan tunjuk perasaan dan bertempur dengan askar rejim Zionis. – Ismaweb

www.indahnyaislam.my

—-—

Sumbangan ikhlas untuk dakwah Indahnya Islam:

MYDAKWAH RESOURCES
5628 3464 5315 (Maybank Islamik)

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *



Sumbangan
Related Posts