PUTRAJAYA – Kerajaan bersetuju untuk menjadikan Institut Pendidikan Guru (IPG) Kampus Pendidikan Islam Bangi sebagai pusat kecemerlangan pedagogi Bahasa Arab.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata, langkah tersebut merupakan hasil keputusan mesyuarat Jemaah Menteri semalam dalam memperluaskan peranannya termasuk menaik taraf pusat Bahasa Arab di kampus itu sebagai Pusat Kecemerlangan Pedagogi Bahasa Arab Kementerian Pendidikan.
Katanya, menerusi usaha sedemikian, Jabatan Kemajuan Islam (Jakim) dan Kementerian Pendidikan bekerjasama melatih guru-guru dan penyelia sekolah agama serta melaksanakan program kemahiran komunikasi Bahasa Arab bagi kursus persediaan pelajar yang melanjutkan pengajian ke universiti Timur Tengah.
“Keputusan kerajaan menyediakan pusat kecemerlangan pedagogi Bahasa Arab ini tepat pada masanya dalam memastikan kualiti pengajaran dan pembelajaran di sekolah-sekolah institusi pendidikan Islam dan sekolah agama Kementerian Pendidikan dipertingkatkan selari dengan Falsafah Pendidikan Negara.
“Ia juga bagi memastikan pencapaian yang optimum dalam mempertingkatkan kualiti guru dan kemenjadian murid di sekolah-sekolah berkenaan,” katanya dalam satu kenyataan. – Utusan
www.indahnyaislam.my
—-—
Sumbangan ikhlas untuk dakwah Indahnya Islam:
MYDAKWAH RESOURCES
5628 3464 5315 (Maybank Islamik)