Wartawan Palestin ditembak tentera Zionis meninggal dunia

 

GAZA – Wartawan Palestin yang ditembak tentera pengganas Israel dua minggu lalu, ketika membuat liputan tunjuk perasaan di sepanjang sempadan Gaza-Israel meninggal dunia, semalam.

Ahmed Abu Hussein, 24, yang bertugas di stesen radio Al-Shaab di Gaza, adalah wartawan kedua yang dibunuh tentera Zionis dalam tunjuk perasaan mingguan, pada 13 April lalu.

Ketika kejadian, Ahmed memakai jaket pelindung dengan perkataan ‘Media”.

Beberapa gambar tersebar menunjukkan Ahmed cedera ketika memakai jaket berkenaan.

Pegawai kesihatan memberitahu, Ahmed cedera parah selepas peluru menembusi bahagian tepi badan mangsa.

Beliau dipindahkan dari Gaza ke sebuah hospital di Tebing Barat yang diduduki Israel dan kemudian ke sebuah hospital di Israel, di mana Abu Hussein meninggal dunia.

Kira-kira 30,000 penduduk Palestin berarak dan mengadakan tunjuk perasaan di sempadan Gaza-Israel, bertujuan menyampaikan mesej mengenai hak pelarian Palestin untuk kembali menduduki tanah mereka, yang diceroboh dan dirampas rejim Zionis. – Ismaweb

www.indahnyaislam.my

—-—

Sumbangan ikhlas untuk dakwah Indahnya Islam:

MYDAKWAH RESOURCES
5628 3464 5315 (Maybank Islamik)

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *



Sumbangan
Related Posts