Pilih pemimpin berwibawa yang angkat Islam: Mufti Perak

 

IPOH: Mufti Perak Tan Sri Harussani Zakaria menasihati pengundi di seluruh Malaysia untuk memilih pemimpin beribawa yang mengangkat agama Islam sebagai agenda utama dalam pentadbirannya.

Beliau berkata, pemimpin yang dimaksudkan itu adalah pemimpin yang membantu memenangkan agama Allah serta menegakkan keadilan hukum Allah.

“Iaitu dengan menjalankan tugas-tugas mendaulatkan Islam, berusaha melaksanakan kesyumulan syariat Allah serta melaksanakan dakwah dan jihad.

“Yang pasti, pemimpin berwibawa adalah pemimpin yang takutkan Allah, menganggap kemenangan di dalam pilihan raya sebagai satu amanah berat dan akan berusaha sebaik mungkin bagi mengotakan janji-janji terutamanya yang termaktub dalam manifesto,” katanya melalui satu kenyataan perutusan sempena Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) yang dikeluarkan sebentar tadi.

Tambah beliau, mengundi bukan sekadar aktiviti untuk memenuhi tuntutan demokrasi yang dilakukan sekali dalam lima tahun, tetapi ia merupakan satu kesaksian yang penuh dengan beban kertanggungjawaban di dunia dan di akhirat.

“Ia sangat penting kerana dasar-dasar negara yang menjadi amalan masyarakat banyak ditentukan oleh wakil-wakil yang dihantar ke Parlimen.

“Begitu juga kedudukan Islam, sejauh mana Islam diperkasakan di negara ini juga banyak ditentukan oleh mereka,” ujarnya.

Dalam pada itu, Harrusani turut meningatkan bahawa umat Islam tidak boleh mengasingkan diri dari sistem pemilihan ini sama ada secara suka ataupun tidak.

“Tindakan untuk tidak mengundi dan berniat untuk merosakkan undi merupakan tindakan yang salah serta tidak membawa sebarang keuntungan kepada Islam bahkan perbuatan itu adalah satu perbuatan yang mensia-siakan hak yang diberi.

“Kesaksian kita tidak boleh disembunyikan dengan tidak mengundi mahupun mengundi rosak, justeru warganegara yang layak wajib mengundi atas dasar memberikan kesaksian,” ujarnya. – Astro Awani

www.indahnyaislam.my

—-—

Sumbangan ikhlas untuk dakwah Indahnya Islam:

MYDAKWAH RESOURCES
5628 3464 5315 (Maybank Islamik)

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *



Sumbangan
Related Posts