TEL AVIV – Delegasi Amerika Syarikat (AS) dilaporkan telah tiba di Tel Aviv pada petang Ahad sebagai persediaan untuk membuka kedutaannya di Baitulmaqdis, hari ini.
Delegasi itu termasuk anak perempuan pertama, Donald Trump, Ivanka Trump dan suaminya, Jared Kushner, serta Setiausaha Perbendaharaan, Steven Mnuchin, Timbalan Setiausaha Negara AS, John Sullivan, dan puluhan anggota Kongres, lapor Haaretz.
Trump dijangka berucap menerusi sidang video ketika majlis perasmian yang dijadual berlangsung jam 4 petang waktu tempatan hari ini.
Bagaimananapun, Kesatuan Eropah (EU) menyatakan bantahan tegas terhadap pemindahan kedutaan AS dan menegaskan akan memboikot acara terbabit.
Kependudukan Israel ke atas Baitulmaqdis tidak diiktiraf di peringkat antarabangsa dan menurut perjanjian keamanan Israel-Palestin pada tahun 1993, status Baitulmaqdis perlu dibincangkan dalam perundingan damai.
Pembukaan kedutaan AS di Baitulmaqdis dibuat selepas Trump mengiktiraf tapak suci ketiga umat Islam itu sebagai ibu negara Israel.
Keputusan itu telah mencetuskan kemarahan dunia Islam serta bantahan besar-besaran di Palestin.
Dalam masa sama, Paraguay juga mengumumkan rancangannnya memindahkan kedutaan negara itu di Tel Aviv ke Baitulmaqdis pada 22 Mei ini. – Ismaweb
www.indahnyaislam.my
—-—
Sumbangan ikhlas untuk dakwah Indahnya Islam:
MYDAKWAH RESOURCES
5628 3464 5315 (Maybank Islamik)