Janji pembebasan Baitul Maqdis menurut Surah Al-Israa’

alqsa

 

Dua kerosakan Yahudi di muka bumi

وَقَضَيْنَا إِلَى بَنِي إِسْرَائِيلَ فِي الْكِتَابِ لَتُفْسِدُنَّ فِي الْأَرْضِ مَرَّتَيْنِ وَلَتَعْلُنَّ عُلُوًّا كَبِيرًا (4) فَإِذَا جَاءَ وَعْدُ أُولَاهُمَا بَعَثْنَا عَلَيْكُمْ عِبَادًا لَنَا أُولِي بَأْسٍ شَدِيدٍ فَجَاسُوا خِلَالَ الدِّيَارِ وَكَانَ وَعْدًا مَفْعُولًا (5) ثُمَّ رَدَدْنَا لَكُمُ الْكَرَّةَ عَلَيْهِمْ وَأَمْدَدْنَاكُمْ بِأَمْوَالٍ وَبَنِينَ وَجَعَلْنَاكُمْ أَكْثَرَ نَفِيرًا (6)

  1. “Dan Kami menyatakan kepada Bani Israel dalam Kitab itu: “Sesungguhnya kamu akan melakukan kerosakan di bumi dua kali, dan sesungguhnya kamu akan berlaku sombong angkuh dengan melampau.”
  2. “Maka apabila sampai masa janji (membalas kederhakaan kamu) kali yang pertama dari dua (kederhakaan) itu, kami datangkan kepada kamu hamba-hamba Kami yang kuat gagah dan amat ganas serangannya lalu mereka menjelajah di segala ceruk rantau (membunuh dan membinasakan kamu); dan (sebenarnya peristiwa itu) adalah satu janji yang tetap berlaku.”
  3. “Kemudian kami kembalikan kepada kamu kekuasaan untuk mengalahkan mereka, dan kami beri kepada kamu dengan banyaknya harta kekayaan dan anak pinak, serta Kami jadikan kamu kaum yang lebih ramai pasukannya.” [ Al-Israa’: 4-6 ]

Surah Al-Israa’ telah menceritakan tentang dua kerosakan besar yang dilakukan oleh bangsa Yahudi, dalam keadaan sombong dan angkuh. Ulama terdahulu dan kontemporari berbeza pendapat mengenai ‘dua kerosakan’ yang dilakukan Yahudi dari segi waktu, tempat dan mereka yang menamatkan kerosakan itu.

Pandangan ulama terdahulu dalam kitab-kitab tafsir turath kebanyakannya mengatakan bahawa dua kerosakan tersebut sudah berlaku. Imam At-Tabari, ulama tafsir dan sejarah salafussoleh yang masyhur telah mengumpulkan pandangan-pandangan ulama pada zamannya dan sebelumnya dan menyimpulkan dua kerosakan yang dimaksudkan adalah seperti berikut:

  1. Kerosakan pertama: Pembunuhan Nabi Zakariya a.s.
    2. Kerosakan kedua: Pembunuhan Nabi Yahya a.s.[1]

Ulama tafsir kontemporari seperti Dr Solah Al-Khalidi berbeza pendapat dengan ulama terdahulu dalam menafsirkan ayat ini, dengan menolak kisah-kisah israiliyyat yang menjadi rujukan sebahagian ulama tafsir terdahulu namun tetap menghormati ilmu dan kealiman mereka.

 Faktor yang menjadikan perbezaan tafsiran juga adalah suasana zaman, imam-imam tafsir terdahulu hidup di zaman pemerintahan Islam sedang kuat, di waktu bangsa Yahudi sedang dalam kemunduran dan lemah serta tunduk dengan kekuasaan Islam. Ulama yang hidup di zaman itu pastinya tidak akan pernah menyangka bangsa Yahudi akan muncul sebagai sebuah kuasa yang memerintah dunia, yang menindas seluruh dunia Islam dan menjajah semula bumi Baitul Maqdis.

Perkara ini menyebabkan para ulama terdahulu lebih cenderung untuk menafsirkan bahawa dua kerosakan tersebut telah berlaku sebelum kerasulan Nabi Muhammad s.a.w.

Tafsiran kontemporari terhadap dua kerosakan Yahudi

Dalam Surah Al-Israa’ ini Allah memberitahu bahawa bangsa Yahudi sendiri telah mengetahui tentang kerosakan yang bakal mereka lakukan serta kehancuran mereka sendiri sebelum umat Muhammad s.a.w mengetahuinya berdasarkan ayat ke-4:

وَقَضَيْنَا إِلَى بَنِي إِسْرَائِيلَ فِي الْكِتَابِ

“Dan Kami menyatakan kepada Bani Israel dalam Kitab itu” [ Al-Israa’: 4 ]

“Al-Kitab” yang disebutkan dalam ayat ini adalah kitab Taurat, kitab suci yang diturunkan kepada Bani Israel. Yahudi telah tahu lebih awal daripada kita bahawa mereka akan binasa disebabkan keangkuhan mereka namun mereka tetap degil untuk mengikut jalan kebinasaan tersebut.

Mereka melakukan kerosakan dengan penuh angkuh, itulah yang Allah sebutkan perihal Yahudi apabila mereka berkuasa.

لَتُفْسِدُنَّ فِي الْأَرْضِ مَرَّتَيْنِ وَلَتَعْلُنَّ عُلُوًّا كَبِيرًا

“Sesungguhnya kamu akan melakukan kerosakan di bumi dua kali, dan sesungguhnya kamu akan berlaku sombong angkuh dengan melampau.” [ Al-Israa’: 4 ]

Dr Solah Al-Khalidi berpendapat mengenai yang dimaksudkan dengan kerosakan pertama tersebut adalah ketika sebelum dan selepas kerasulan Rasulullah s.a.w di bumi Hijjaz.[2]
Bangsa Yahudi telah berhijrah dan berkampung di Yathrib (Madinah) sebelum kemunculan Nabi Muhammad s.a.w lagi.

Apakah kerosakan yang telah dilakukan?

  • Kerosakan akhlak: mereka melakukan kerosakan akhlak terhadap bangsa Arab.
  • Kerosakan sosial: mereka memecah belahkan dan melemahkan hubungan masyarakat Arab.
  • Kerosakan ilmu: mereka menyebarkan riwayat-riwayat israiliyyat kepada Arab, yang merupakan riwayat khurafat, palsu dan dongeng.
  • Kerosakan politik: merosakkan sistem politik masyarakat Arab dengan menyebarkan pertelingkahan dan perpecahan, menjadikan Arab berpecah kepada kabilah-kabilah kecil yang lemah lalu tunduk pada Yahudi yang minoriti.

Kerosakan dan pengkhianatan yang dilakukan selepas kerasulan Rasulullah s.a.w pula adalah makruf dalam kitab-kitab sirah. Mereka yang menamatkan kerosakan pertama Yahudi ini adalah Rasulullah s.a.w sendiri dengan para sahabatnya menurut pendapat Dr Solah Al-Khalidi.

فَإِذَا جَاءَ وَعْدُ أُولَاهُمَا بَعَثْنَا عَلَيْكُمْ عِبَادًا لَنَا أُولِي بَأْسٍ شَدِيدٍ فَجَاسُوا خِلَالَ الدِّيَارِ وَكَانَ وَعْدًا مَفْعُولًا (٥(

  1. “Maka apabila sampai masa janji (membalas kederhakaan kamu) kali yang pertama dari dua (kederhakaan) itu, kami datangkan kepada kamu hamba-hamba Kami yang kuat gagah dan amat ganas serangannya lalu mereka menjelajah di segala ceruk rantau (membunuh dan membinasakan kamu); dan (sebenarnya peristiwa itu) adalah satu janji yang tetap berlaku.” [ Al-Israa’: 5 ]

Dalam tafsiran ulama terdahulu, kerosakan-kerosakan Yahudi itu ditamatkan oleh maharaja dan tentera-tentera Babylon tetapi jika meneliti ayat ini Allah menyebut ( عِبَادً۬ا لَّنَآ ) iaitu ‘hamba-hamba kami’ yang lebih tepat dimaksudkan dengan orang yang taat kepada agama Allah s.w.t iaitu mukminun, dan ini bukan ciri-ciri tentera Babylon yang kafir. Pembalasan terhadap kerosakan pertama Yahudi ini disebut sebagai ( وَعۡدُ أُولَٮٰهُمَا ) ‘janji pertama dari keduanya’.

Kita hidup dalam kerosakan kedua

Kerosakan pertama seperti yang disebutkan oleh Dr Solah Al-Khalidi adalah di zaman sebelum dan selepas kebangkitan Rasulullah s.a.w dan diakhirkan oleh baginda sendiri. Kerosakan kedua yang ditafsirkan oleh Dr Solah Al-Khalidi adalah kerosakan yang sedang berlaku di zaman kita di mana Yahudi sedang menguasai dunia, dan kitalah sebagai orang yang akan mengakhirkannya!

Setelah berakhirnya kerosakan pertama Allah menyebut Yahudi akan kembali berkuasa dan beranak pinak serta mempunyai harta yang banyak.

ثُمَّ رَدَدْنَا لَكُمُ الْكَرَّةَ عَلَيْهِمْ وَأَمْدَدْنَاكُمْ بِأَمْوَالٍ وَبَنِينَ وَجَعَلْنَاكُمْ أَكْثَرَ نَفِيرًا

“Kemudian kami kembalikan kepada kamu kekuasaan untuk mengalahkan mereka, dan kami beri kepada kamu dengan banyaknya harta kekayaan dan anak pinak, serta Kami jadikan kamu kaum yang lebih ramai pasukannya.” [ Al-Israa’: 6 ]

Inilah realiti yang kita lihat pada hari ini, pemerintahan negara-negara besar semuanya dikuasai oleh Yahudi. Keluarga Rothschild yang merupakan kerabat terkaya di dunia yang menguasai sistem bank antarabangsa juga merupakan Yahudi.  Yahudi yang asalnya daripada Bani Israel hanya wujud di sekitar Timur Tengah kini sudah beranak pinak dan berasimilasi di seluruh dunia.

Dunia hari ini yang dikuasai oleh Yahudi menyaksikan kerosakan yang cukup dahsyat dari sudut zahir dan batin, kemusnahan, penindasan dan perang berlaku di seluruh dunia terutamanya di tanah-tanah umat Islam. Fahaman humanisme dan liberalisme yang dipelopori Yahudi hari ini merosakkan fitrah manusia serosak-rosaknya, manusia menjadi atheis dan yang beragama disongsangkan fahamannya. Semua ini dilakukan dengan penuh angkuh dan sombong oleh Yahudi.

Janji yang terakhir

إِنْ أَحْسَنْتُمْ أَحْسَنْتُمْ لِأَنْفُسِكُمْ وَإِنْ أَسَأْتُمْ فَلَهَا فَإِذَا جَاءَ وَعْدُ الْآخِرَةِ لِيَسُوءُوا وُجُوهَكُمْ وَلِيَدْخُلُوا الْمَسْجِدَ كَمَا دَخَلُوهُ أَوَّلَ مَرَّةٍ وَلِيُتَبِّرُوا مَا عَلَوْا تَتْبِيرًا

 “Jika kamu berbuat kebaikan, (maka faedah) kebaikan yang kamu lakukan adalah untuk diri kamu; dan jika kamu berbuat kejahatan, maka (kesannya yang buruk) berbalik kepada diri kamu juga. Oleh itu, apabila sampai masa janji (membalas perbuatan derhaka kamu) kali kedua, (Kami datangkan musuh-musuh kamu) untuk memuramkan muka kamu (dengan penghinaan dan keganasannya); dan untuk memasuki Masjid (Baitul Maqdis) sebagaimana mereka telah memasukinya pada kali yang pertama; dan untuk menghancurkan apa sahaja yang mereka telah kuasai, dengan sehancur-hancurnya.”  [ Al-Israa’: 7 ]

Pengakhiran kepada keangkuhan Yahudi telah disebut dalam ayat ke-7 sebagai suatu ‘Janji yang Terakhir’. ( وَعۡدُ ٱلۡأَخِرَةِ ) atau janji terakhir merupakan pembalasan kedua dan terakhir buat Yahudi. Perkara yang menarik perhatian dalam ayat ini adalah Allah s.w.t tidak menggunakan perkataan ‘kedua’ tetapi terus menyebut ‘terakhir’ menandakan pembalasan kedua ini akan terus menghancurkan kekuasaan Yahudi selama-lamanya.

Pembalasan terhadap Yahudi ini akan menjatuhkan segala kesombongan dan keangkuhan mereka. Allah s.w.t. menyebut tentera yang menghancurkan kerosakan Yahudi ini akan memuramkan wajah mereka, ( لِيَسُــُٔواْ وُجُوهَڪُمۡ ) untuk memuramkan muka kamu’. Kemuraman Yahudi bermaksud: kekalahannya dalam perang, hancurnya kerosakan yang mereka lakukan dan pembalasan terhadap keangkuhan dan kesombongan mereka.[3]

Pembukaan Baitul Maqdis dan kehancuran Yahudi

Pengakhiran kekuasaan Yahudi disebutkan bersama suatu peristiwa besar:

وَلِيَدْخُلُوا الْمَسْجِدَ كَمَا دَخَلُوهُ أَوَّلَ مَرَّةٍ وَلِيُتَبِّرُوا مَا عَلَوْا تَتْبِيرًا

“…dan untuk memasuki Masjid (Baitul Maqdis) sebagaimana mereka telah memasukinya pada kali yang pertama; dan untuk menghancurkan apa sahaja yang mereka telah kuasai, dengan sehancur-hancurnya.” [ Al-Israa’: 7 ]

Mengenai maksud kemasukan pertama dalam ayat ini Syeikh Muhamad Mutawalli As-Sya’rawi (1911-1998) menyebut dalam kitabnya Tafsir As-Sya’rawi: “Kemungkinan yang dimaksudkan dalam ayat ini (kemasukan pertama) adalah masuknya orang Islam ke dalam Masjid Al-Aqsa kali pertama pada era Khalifah Umar bin Al-Khattab r.a.”[4]

Berdasarkan ayat ini juga kemasukan yang kedua dan terakhir akan berlaku hampir sama suasananya seperti yang pertama dengan melihat kepada kalimah ( ڪَمَا ) dalam ayat yang menyatakan wujudkan persamaan antara pertama dan kedua.

Dr Solah Al-Khalidi berkata mengenai kemasukan kedua: “Dalam kerosakan kedua yang dilakukan Yahudi pada zaman ini, mereka telah menjajah Masjid Al-Aqsa, dan ketika tiba waktu para muslimin dan mujahidin menghancurkan kerosakan ini, mereka akan memasuki Masjid Al-Aqsa dan membebaskannya dari penguasaan Yahudi.”

Rasulullah s.a.w. telah menceritakan pertempuran yang berlangsung antara umat Islam dan Yahudi di Baitul Maqdis hingga akhir zaman, diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a. :

لا تقومُ الساعةُ حتى يقاتلَ المسلمون اليهودَ فيقتلُهم المسلمونَ حتى يختبئَ اليهودُ من وراءِ الحجرِ والشجرِ فيقولُ الحجرُ أو الشجرُ يا مسلمُ ! يا عبدَ اللهِ ! هذا يهوديٌّ خلفي فتعالَ فاقتلْه إلا الغرْقَدُ فإنه من شجرِ اليهودِ

“Tidak akan berlaku Kiamat sehinggalah orang-orang Islam memerangi Yahudi. Orang-orang Islam akan membunuh mereka sehingga bersembunyi Yahudi di sebalik batu dan pokok. Batu dan pokok akan bersuara : ‘Wahai muslim! Wahai hamba Allah! Di belakangku ini ada Yahudi, marilah ke sini untuk membunuhnya’, kecuali pokok Gharqad, kerana sesungguhnya ia merupakan pokok Yahudi.” [5] [ HR Muslim ]

Hadis menunjukkan suasana pertempuran antara Muslim dan Yahudi yang kelihatan sudah kalah dan sedang lari bertempiaran untuk mencari perlindungan, namun Allah menjadi seluruh makhluknya kecuali pokok Gharqad sebagai tentera yang membantu umat Islam.

Bukti kembalinya Baitul Maqdis ke tangan umat Islam sebelum peristiwa-peristiwa besar akhir zaman berlaku dapat dilihat dalam hadis yang diriwayatkan daripada Mu’adz bin Jabal r.a.ini:

عمرانُ بيتِ المقدسِ ، خرابُ يثربَ ، وخرابُ يثربَ ، خروجُ المَلحمةِ ، وخروجُ الملحمةِ ، فتحُ قسطنْطينيَّةِ ، وفتحُ القسطنطينيةِ خروجُ الدجالِ . ثم ضربَ بيدِهِ على فخذِ الذي حدَّثَ أو منكبِهِ ثم قال : إن هذا لحقٌّ كما أنَّك هنا ، أو كما أنك قاعدٌ . يعني : معاذَ بنَ جبلٍ

“Makmurnya Baitul Maqdis musnahnya Yathrib, musnahnya Yathrib berlakunya perang besar, berlakunya perang besar berlakunya pembukaan Konstantinopal, berlakunya pembukaan Konstantinopal keluarnya Dajjal. Kemudian baginda memukul dengan tangannya ke atas peha atau bahu orang berbicara dengannya kemudian berkata : Sesungguhnya perkara ini adalah benar, sepertimana engkau berada di sana, atau sepertimana engkau duduk. Orang yang dimaksudkan: Mu’adz bin Jabal.”[6][ HR Abu Daud ]

Imam Abu Thayyib Muhammad Syamsul Haq Al-Adzim Abadi, penulis kitab ‘Aun Al-Ma’bud yang mensyarahkan kitab Sunan Abi Daud menyebut maksud kepada ‘Makmurnya Baitul Maqdis’: “Dengan ramainya penduduk, banyaknya binaan dan banyaknya harta.”[7]

Syed Sabiq menyebut dalam kitab Al-‘Aqaid Al-Islamiyyah: “Pembukaan Kostantinopal itu bukanlah pembukaan yang pertama (pembukaan oleh Sultan Muhammad Al-Fateh). Menurut riwayat At-Tirmizi, pembukaan Kostantinopal berlaku serentak dengan bermulanya Hari Kiamat.”[8]

Dalam hadis ini disebut Baitul Maqdis akan terlebih dulu makmur sebelum pembukaan Kostantinopal kedua tersebut, ini bermakna Palestin akan kembali menjadi milik umat Islam akhir zaman ini!

 

Ustaz Ahmad Nu’man bin Mazlan

 

[1] Dr Solah Al-Khalidi, Haqaiq Quraniyyah Hawla Al-Qadhiah Al-Filastiniah, hlm 129.

[2] Dr Solah Al-Khalidi, Haqaiq Quraniyyah Hawla Al-Qadhiah Al-Filastiniah, hlm 136.

[3] Dr Solah Al-Khalidi, Haqaiq Quraniyyah Hawla Al-Qadhiah Al-Filastiniah, hlm 157.

[4] Muhammad Mustafa Al-Nubani, Musa Muhammad Hadad, Dalil Murabitin Li Tahrir Filastin, hlm 104.

[5] HR Muslim, Sahih Muslim, no. 2922.

[6] HR Abu Daud, Sunan Abi Daud, no. 4294. Dihukum hasan oleh Al-Albani dalam Sahih Abi Daud, hadis no. 4294.

[7] Muhammad Syamsul Haq, Aun Al-Ma’bud ‘Ala Syarhi Sunan Abi Daud, hlm 1965.

[8] Syed Sabiq, Al-‘Aqaid Al-Islamiyyah, hlm 254.

 

www.indahnyaislam.my

—-—

Sumbangan ikhlas untuk dakwah Indahnya Islam:

MYDAKWAH RESOURCES
5628 3464 5315 (Maybank Islamik)

Total
0
Shares
2 comments
  1. maaf..klo tdk salah gambar d atas itu gambar kubah dome of rock,wrn kubah al aqsa bukan gold…maaf..koreksi jika sy salah…

    1. Masjid al-Aqsa adalah seluruh kawasan dalam tembok itu. Dome of the Rock juga sebahagian dari kawasan Masjid Al-Aqsa.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *



Sumbangan
Related Posts