Bakal menteri hal ehwal Islam perlu miliki kriteria yang tepat

 

KUALA LUMPUR – Beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Islam berharap menteri yang bakal dilantik untuk mengendalikan urusan dan hal ehwal agama Islam di negara ini memiliki kriteria-kriteria yang tepat.

Yang Dipertua Persatuan Ulama Malaysia, Datuk Sheikh Abd. Halim Abd. Kadir berkata, kriteria yang perlu ada pada pemimpin tersebut adalah memiliki pengetahuan yang luas serta menyayangi agama Islam dengan sepenuh jiwa dan raganya.

“Apabila pemimpin itu betul-betul menyayangi Islam, beliau akan berjuang dan berusaha untuk mempertingkatkan kedudukan agama itu dengan bijaksana serta mengambil kira kepentingan agama-agama lain di negara ini,” katanya.

Beliau ditemui ketika hadir dalam Majlis Berbuka Puasa di Rumah Rehat Kedutaan Arab Saudi, Jalan Ampang di sini.

Yang turut hadir, Duta Besar Arab Saudi ke Malaysia, Mahmoud Hussien Saeed; Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Datuk Mohd. Nurdin Ibrahim dan Ahli Parlimen Hulu Langat, Hasanuddin Yunus.

Pada majlis tersebut, sebanyak 60 NGO Islam seluruh negara diraikan dengan juadah berbuka puasa dengan lebih 10 hidangan Arab.

Sementara itu, Presiden Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM), Mohamad Raimi Ab. Rahim berkata, menteri itu perlu fasih bertutur dalam bahasa Arab dan bahasa Inggeris bagi memudahkan perbincangan dua hala dengan negara-negara dari Asia Barat.

Kata beliau, kelebihan itu memberi nilai tambah untuk Malaysia menjalin hubungan yang lebih baik dalam pelbagai bidang dengan negara-negara berkaitan.

“Kefasihan menguasi dua bahasa asing itu amat penting sebagai menteri yang menjaga hal ehwal agama Islam kerana beliau perlu berinteraksi dengan pemimpin-pemimpin luar,” katanya. – Utusan

www.indahnyaislam.my

—-—

Sumbangan ikhlas untuk dakwah Indahnya Islam:

MYDAKWAH RESOURCES
5628 3464 5315 (Maybank Islamik)

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *



Sumbangan
Related Posts