Berapa kali sudah khatam al-Quran?

 

1. Al-Imam al-Syafi’e dikatakan menyelesaikan bacaan al-Quran sebanyak 60 kali khatam sepanjang bulan Ramadan. Perkara ini direkodkan oleh al-Imam al-Zahabi di dalam kitab Siyar A’lam al-Nubala.

2. Al-Imam Ahmad pula menceritakan bagaimana Ata’ ibn al-Sa’ib, seorang sarjana hadith yang ulung yang sentiasa khatam bacaan al-Qurannya setiap hari sekali di dalam bulan Ramadan.

3. Salam ibn Abi Muti’ pula menggambarkan kehidupan Qatadah, seorang ulama tafsir di zaman beliau. Qatadah dikatakan sentiasa menghabiskan bacaan al-Qurannya setiap minggu. Apabila datang Ramadan, beliau akan khatam setiap 3 hari sekali. Namun apabila tiba malam sepuluh yang terakhir, beliau akan khatamkan bacaan al-Quran beliau sehari sekali.

4. Al-Imam Sufyan al-Thauri dan al-Imam Malik juga diriwayatakan akan menghentikan pengajian hadith mereka dan mengkhususkan kepada bacaan al-Quran apabila tiba Ramadan.

5. Ramadan adalah bulan diturunkan al-Quran. Marilah kita bersama menyambut Ramadan dengan memperbaiki bacaan al-Quran kita, memahami isi kandung ayat-ayat Allah ini dan menyelesaikannya sebanyak dan sebaik yang kita termampu.

Dr Ahmad Sanusi Azmi
Penasihat Syariah Indahnya Islam

www.indahnyaislam.my

—-—

Sumbangan ikhlas untuk dakwah Indahnya Islam:

MYDAKWAH RESOURCES
5628 3464 5315 (Maybank Islamik)

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *



Sumbangan
Related Posts