Penaja hormati keputusan Elshenawy

 

Penaja anugerah Piala Dunia, Budweiser menghormati keputusan penjaga gol Mesir, Mohamed Elshenawy yang menolak anugerah pemain terbaik perlawanan tajaan gergasi arak Amerika Syarikat itu di temasya tersebut.

“Kami menghormati kepercayaan agama setiap pemain dan sudah membincangkan bersama FIFA untuk menetapkan satu proses berlainan bagi membolehkan pemenang anugerah Pemain Terbaik Perlawanan yang tidak mahu ditampilkan dengan jenama Budweiser atas sebab agama

“Pemenang Rasmi Pemain Terbaik Perlawanan yang menolak trofi Bud atas sebab agama tetap menerima penghormatan penuh, sama seperti Mohamed Elshenawy lakukan dan kami mengucapkan tahniah atas pencapaiannya,” katanya.

Elshenawy dipilih sebagai pemain terbaik perlawanan selepas berusaha gigih menafikan serangan penyerang Uruguay, Luis Suarez ketika pasukannya tewas 1-0 pada perlawanan pembukaan Piala Dunia mereka, Jumaat lalu.

Namun pemain berusia 29 tahun itu menolak anugerah berkenaan kerana berpegang kukuh pada Islam.

Mesir merupakan negara Islam dengan 100 juta penduduknya, beraksi di pentas Piala Dunia buat kali pertama sejak 1990.

Trofi anugerah yang berwarna merah itu merupakan tajaan Budwiser iaitu minuman keras. Islam melarang penggunaan alkohol dalam kalangan umatnya. – Sinar Harian

www.indahnyaislam.my

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *



Sumbangan
Related Posts