Hifzu al-Din bererti menjaga agama Islam, bukan semua agama

 

BANGI – Pandangan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa berhubung isu Hifzu al-Din atau ‘menjaga agama’ baru-baru ini adalah tidak tepat dan tidak ada usul, kata Pensyarah Kanan Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), Dr Nur Mohammad Hadi Zahalan.

Ini kerana, katanya, jika dirujuk kepada kitab Imam Ibnu Asyur, Usul al-Nizam al-Ijtima’i fi Islām, kitab yang membicarakan mengenai bagaimana masyarakat yang majmuk, dalam konteks maqasid syariah menyebut menjaga semua agama itu ditolak.

“Kerana Hifzu al-Din, yang dimaksudkan dalam maqasid syariah adalah menjaga agama Islam itu sendiri. Kerana yang disebutkan dalam al-Quran, “Agama di sisi Aku adalah Islam”, kata Allah.

“Kemudian, dalam masa yang sama, walaupun Allah swt kata agama Islam itu adalah agama yang diterima olehNya, kata para alim ulama, Allah memberi kebebasan, tetapi bukanlah kebebasan yang mutlak, bukan kebebasan yang membabi buta, kita kena jaga semua agama, tidak.

“Kalaulah perkataan ini digunapakai, maka akan rosaklah agama itu jika kebebasan itu tidak ditafsirkan, tidak diperhalusi dengan baik.

“Sebab itu Kata Imam Ibnu Qayyim al Jawzi, kalau nak dibandingkan orang agama dengan yang bukan, sebagai contoh Dr dia tersalah dalam kelakuan dia, tengah buat pembedahan, tiba-tiba terpotong jantung, maka orang itu mati. Kesan itu pada orang itu sahaja.

“Kalau lah seorang ulama atau ustaz, mereka tersalah memberi perkataan, maka mereka akan memberi kesan kepada masyarakat,” katanya dalam program Sudut Pandang yang dianjurkan di Bandar Baru Bangi, semalam.

Beliau menegaskan, menjaga agama yang sebetulnya adalah menjaga apa yang telah disebut di dalam al-Quran dan as-sunnah.

“Maqasid syariah, menjaga agama itu asalnya di dalam al-Quran, praktikalnya adalah as-sunnah. Kita lihat Nabi Muhammad menjaga agama Islam dengan adil maka orang bukan Islam, mendapat kebajikan dan mendapat keluasan.

“Jika sebut mengenai rahmatan lil alamin, Allah telah berkata, “Dan tiadalah Kami mengutuskan engkau (wahai Muhammad), melainkan untuk menjadi rahmat bagi sekalian alam”.

“Maksudnya Nabi Muhammad SAW membawa agama Islam, nabi tidak membawa agama lain, tetapi agama Islam.

“Maksudnya agama Islam itu telah dijamin. Sudah semestinya agama Islam itu menbawa rahmat kepada seluruh alam.

“Yang mana Islam meraikan perbezaan pandangan, Islam tidak memaksa orang lain untuk masuk Islam.

“Sebab itu dalam surah Al-Imran, umat Islam disuruh berbuat segala perkara yang baik dan melarang daripada segala perkara yang salah (buruk dan keji). Itu dasar Islam yang perlu diraikan,” tegasnya. – Ismaweb

www.indahnyaislam.my

—-—

Sumbangan ikhlas untuk dakwah Indahnya Islam:

MYDAKWAH RESOURCES
5628 3464 5315 (Maybank Islamik)

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *



Sumbangan
Related Posts