MUIS bersama JK Fatwa Selangor dalam mempertahankan fatwa anti Liberalisme dan Pluralisme

 

MAJLIS Ulama ISMA (MUIS) menyeru supaya umat Islam di Malaysia untuk bersama-sama melakukan solat hajat, mendoakan serta menyokong MAIS, JK Fatwa Selangor serta Kerajaan Negeri Selangor berkenaan rayuan di Mahkamah Persekutuan terhadap keputusan Mahkamah Rayuan yang membenarkan permohonan SIS untuk semakan kehakiman didengar di Mahkamah Sivil terhadap fatwa Liberalisme dan Pluralisme yang dikeluarkan oleh JK Fatwa Selangor.

“Urusan fatwa adalah urusan berkenaan hal umat Islam yang sepatutnya hanya dibicarakan di Mahkamah Syariah serta bukan Mahkamah Sivil”

Pengerusi MUIS, Dr Soberi Awang berkata demikian dalam responnya terhadap kes tersebut yang akan didengari di Mahkamah Rayuan pada 25 September ini.

Tambahnya lagi bahkan kalau kita lihat terhadap fatwa yang dikeluarkan berkenaan Liberalisme dan Pluralisme, ianya adalah satu fatwa yang kukuh serta berdiri di atas asas-asas Syarak yang jelas telah digariskan oleh al-Quran dan Sunnah.

“Idea Liberalisme kononnya membebaskan manusia sepenuhnya hakikatnya membawa manusia tunduk kepada hawa nafsu, begitu juga idea pluralisme yang menyamaratakan semua agama hakikatnya ia menghina kemuliaan agama Islam itu sendiri”

Beliau turut berkata adalah satu perkara yang amat ganjil apabila SIS (Sister in Islam) yang kononnya mengaku memperjuangkan atas nama Islam tetapi bersungguh merungkai satu persatu perkara asas dalam agama ini termasuklah dalam hal fatwa.

“Kalau begini tindakan mereka, mereka sepatutnya membuang istilah ‘islam’ dalam nama mereka kerana tindakan-tindakan mereka hanya memburukkan Islam itu sendiri” tegasnya.

Sumber: muis.org.my

www.indahnyaislam.my

—-—

Sumbangan ikhlas untuk dakwah Indahnya Islam:

MYDAKWAH RESOURCES
5628 3464 5315 (Maybank Islamik)

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *



Sumbangan
Related Posts