1. Sebelum berlakunya pertempuran Uhud, Rasulullah ﷺ berpesan kepada tentera pemanah dikalangan perajurit Uhud agar jangan lari. Sabda Baginda ﷺ:
قَالَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ لِلرُّمَاةِ إِنَّا لَنْ نَزَالَ غَالِبِينَ مَا ثَبَتُّمْ مَكَانَكُمْ
“Kita akan sentiasa menang selagimana kamu kekal pada tempat kamu!”
2. Pesanan ini mengingatkan kita bagaimana pendirian seorang pejuang Islam itu seharusnya berpasakkan kepada arahan Rasulullah. Baginda ﷺ mendidik para sahabat supaya teguh dengan prinsip Islam dan tidak lari dari medan kerana harta dunia.
3. Peristiwa Uhud juga mengingatkan kepada kita bagaimana harta dunia mampu mengubah pendirian seorang Muslim. Ketika Muslim sedang sibuk membelek-belek, berebut harta ghanimah yang menyilau, musuh sedang memecut mengacukan pedang ke arah mereka.
4. Ingatkah kita bagaimana Talhah ibn Ubaidullah mempertahankan Rasulullah ﷺ ketika Muslim dilanda kekalahan dalam perang Uhud. Talhah dikatakan cedera dan luka di 70 tempat sehingga Abu Bakar menyifatkan beliau sebagai syahid yang masih lagi hidup. Talhah adalah contoh keteguhan pendirian seorang Muslim.
5. Lihatlah indahnya pesan Rasulullah ﷺ di atas. “Kita akan sentiasa menang selagi mana kamu kekal di tempat kamu!” Muslim yang pasak kukuh dengan pendiriannya akan sentiasa dianggap menang kerana tidak mudah terliur dengan habuan dunia.
6. Pejuang Islam jangan lari! Moga Allah mengurniakan kita hati yang tsabat dan kukuh di jalan Allah.
Dr. Ahmad Sanusi Azmi
Penasihat Syariah Indahnya Islam
www.indahnyaislam.my
—-—
Sumbangan ikhlas untuk dakwah Indahnya Islam:
MYDAKWAH RESOURCES
5628 3464 5315 (Maybank Islamik)