Hari duka rakyat Malaysia: Mufti Wilayah

 

KUALA LUMPUR – Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri menyifatkan pemergian anggota bomba, Muhammad Adib Mohd. Kassim ke rahmatullah sebagai hari duka rakyat Malaysia.

Walaupun dugaan itu disifatkan sebagai amat berat untuk ditanggung, namun Zulkifli turut mendoakan supaya keluarga Muhammad Adib dikurniakan kesabaran dan ketabahan menghadapi ujian tersebut.

Dalam masa yang sama, Zulkifli turut menuntut pihak berwajib supaya menyegerakan proses undang-undang dengan adil.

“Kami mengucapkan takziah kepada keluarga Allahyarham Muhammad Adib atas pemergian insan yang dikasihi ini. Kepada warga bomba, kami amat bersimpati atas beberapa musibah yang menimpa sebelum ini termasuklah pemergian Muhammad Adib.

“Hari ini adalah hari berduka bagi seluruh rakyat Malaysia. Kami menuntut supaya tragedi ini tidak tamat di sini sahaja. Ianya patut diselesaikan secepat mungkin oleh pihak berwajib dengan seadil-adilnya,” katanya dalam akaun Facebook miliknya, malam tadi. – Utusan Malaysia

www.indahnyaislam.my

—-—

Sumbangan ikhlas untuk dakwah Indahnya Islam:

MYDAKWAH RESOURCES
5628 3464 5315 (Maybank Islamik)

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *



Sumbangan
Related Posts