LGBT dapat disekat jika Malaysia benar-benar diiktiraf negara Islam

 

BANGI – Rakyat diminta untuk terus memperjuangkan identiti Malaysia sebagai negara Islam, supaya apa sahaja yang bertentangan dengan ajaran agama termasuk gejala Lesbian, Gay Biseksual dan Transgender (LGBT) dapat ditolak bersama.

Ketua Biro Islamiyat Ikatan Muslimin Malaysia (Isma), Ustaz Omar Kassim berkata, sememangnya puak liberal dan sekular mahukan kebebasan, agar manusia tidak lagi mempunyai ikatan terhadap hukum dan agama.

Dek kerana itu, beliau berkata, mereka begitu bersungguh tidak mahu Malaysia diiktiraf negara Islam.

“Amat terang lagi bersuluh, pendokong Islam liberal tidak mahu negara ini beragama dan mahukan agama menjadi milik individu. Mereka berkeras menyatakan Malaysia bukan negara Islam.

“Mereka mencari apa sahaja hujah walaupun hujah mereka cukup dangkal, ibarat menegakkan benang yang basah yang sampai bila pun tidak mungkin tertegak,” katanya kepada Ismaweb.net, hari ini.

Mengulas lanjut, beliau berkata, tahun ini, golongan LGBT akan merayakan sambutan 50 tahun memperingati Rusuhan Stonewall yang pernah terjadi dulu di Stone Wall Inn, Manhattan New York pada 28 June 1969 dulu.

Dalam insiden itu, katanya, kumpulan komuniti gay melakukan siri-siri rusuhan yang ganas dan berterusan terhadap polis anti rusuhan.

“Kita amat percaya, dalam diam, sekarang ini perancangan menyambut ulang tahun ini rusuhan Stonewall ini sedang dijalankan dan akan berlaku dalam bulan Syawal 1440 Hijrah.

“Adakah kita merelakannya? Sudah tentu tidak. Umat Islam sebenarnya tiada pilihan kecuali bulat menyokong dan menyebarkan kempen Malaysia Negara Islam,” katanya.

Beliau berkata, dengan pengiktirafan bahawa Malaysia sebuah negara Islam, maka sudah tentu golongan serta gejala negatif seperti LGBT ini dapat disekat.

“Tolak dengan satu nada, satu suara. Islam menolak cara hidup Barat yang menghalalkan zina dan bersekedudukan. Malah, Islam dan al-Quran lebih halus dalam perkara ini bila mana pendekatan ‘mencegah lebih baik dari mengubat’ digunakan.

“Justeru, perkara yang menghampiri zina mestilah diharam dan dikekang. Ia termasuk pornografi, hubungan bebas lelaki perempuan, berpakaian seksi dan tidak sopan. Semuanya perlu dihalang dan tidak boleh dibiarkan. Begitu juga LGBT,” katanya. – Ismaweb

www.indahnyaislam.my

—-—

Sumbangan ikhlas untuk dakwah Indahnya Islam:

MYDAKWAH RESOURCES
5628 3464 5315 (Maybank Islamik)

Total
0
Shares
2 comments
  1. Masalah LGBT ini hanya “simptom” sahaja, mesti difikir dan selesaikan “penyakit” yg sebenar, iaitu org2 yg diberikan Al-Quran tetapi tdk menggunakannya.

    Selepas Nabi Muhammad SAW, Allah SWT menukar kaedah sistem Nubuwwah (kaedah utk mengeluarkan manusia dari kegelapan kpd cahaya sperti LGBT ini) iaitu dgn tdk lagi mghantar para rasul dan nabi, sebaliknya para ulama yg mnjadi pewaris, “warathatul anbiyak”. Namun Allah telah mmberi garis-panduan kpd para ulama ini agar sentiasa menggunakan Al-Quran, kerana hanya dgn Al-Quran sahaja dpt mengeluarkan manusia dari kegelapan kpd cahaya (Ibrahim 14:1) dan bukannya mengikut kaedah mereka sendiri.

    Allah suruh para ulama agar mengeluarkan mukjizat dari Al-Quran, sentiasa mgkaji Al-Quran dan menjana ilmu2 hebat utk mengembirakan hati2 manusia dan mmperlihatkan kpd manusia bahwa kita al-Quran adalah ciptaan Allah swt, adalah lebih baik dari segala2 kitab (Yunus 10:57-58).
    Oleh itu LGBT, Islam Liberal, kes buang/bunuh anak, dan lain2 hanyalah “simptom”, hanyalah isyarat kpd para ulama agar kembali semula kpd Al-Quran.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *



Sumbangan
Related Posts