Derma secara tanpa tunai di masjid guna TnG e-dompet

 

KUALA LUMPUR – Touch and Go (TnG) Digital Sdn Bhd akan menjalin usaha sama dengan Masjid Ar-Rahah, Kampung Kerinchi, Kuala Lumpur bagi membolehkan orang ramai menghulurkan sumbangan serta derma menggunakan TnG e-dompet.

Ketua Pegawai Eksekutif TnG Digital Syahrunizam Samsudin berkata, jemaah masjid kini boleh menghulurkan sumbangan serta derma dengan hanya menekan butang pada telefon pintar mereka menerusi kod Quick Response (QR).

“TnG Digital mahu menjadikan teknologi lebih inklusif dan membantu komuniti di Kampung Kerinchi menerusi platform yang mudah dan selamat,” katanya ketika merasmikan penggunaan e-dompet TnG di Kuala Lumpur, semalam.

Syahrunizam berkata, Masjid Ar-Rahah ialah masjid pertama di Lembah Pantai yang menggunakan TnG e-dompet dan penggunaan QR di masjid itu akan membuka peluang kepada masjid lain di seluruh negara untuk menggunakan teknologi sama bagi membantu menyelaraskan operasi harian serta kutipan derma.

“Setiap sumbangan sama ada kecil atau besar, adalah sangat bermakna. Kami berharap melalui penggunaan teknologi, kutipan derma kini mudah dan selamat,” katanya.

Kerjasama itu juga menandakan bermulanya kerjasama program selama setahun merangkumi kelas untuk golongan remaja yang dinamakan Generasi 13, program kemasyarakatan dan gotong-royong serta e-keusahawanan.

Turut hadir Ahli Parlimen Lembah Pantai Ahmad Fahmi Mohamed Fadzil dan Mufti Wilayah Persekutuan Datuk Seri Zulkifli Mohamad Al-Bakri. – Bernama

www.indahnyaislam.my

—-—

Sumbangan ikhlas untuk dakwah Indahnya Islam:

MYDAKWAH RESOURCES
5628 3464 5315 (Maybank Islamik)

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *



Sumbangan
Related Posts