Perumpamaan tentang babi dalam al-Quran

 

1. Ketika menegur sikap Bani Israel yang dilaknat atas perbuatan mereka, al-Quran menceritakan bagaimana kaum yang dimurkai oleh Allah ini telah diubah menjadi babi. Menurut sarjana tafsir, perubahan mereka menjadi babi ini adalah satu kehinaan buat mereka di dunia lagi. Firman Allah:

مَن لَّعَنَهُ اللَّهُ وَغَضِبَ عَلَيْهِ وَجَعَلَ مِنْهُمُ الْقِرَدَةَ وَالْخَنَازِيرَ وَعَبَدَ الطَّاغُوتَ

“(mereka ialah) orang-orang yang dilaknat oleh Allah dan dimurkaiNya, dan Allah menjadikan dikalangan mereka itu kera dan babi, dan penyembah Taghut. (Surah al-Maidah: 60)

2. Menurut majoriti ulama tafsir, perubahan sifat fizikal mereka menjadi babi ini berlaku secara hakiki. Namun sebahagian sarjana seperti al-Imam Ibn Abi Hatim dan Ibn Munzir menyatakan bahawa ayat ini adalah perumpaan sifat buruk dua binatang ini.

Allah menjadikan mereka mempunyai jiwa seperti binatang iaitu babi dan kera. Perkara ini dinukilkan oleh al-Imam al-Sayuti yang menyebutkan:

فَالْمُرَادُ عَلَى هَذَا أَنَّهُمْ صَارُوا كَالْقِرْدَةِ فِي نَزَوَاتِهَا، وَالْخَنَازِيرِ فِي اتِّبَاعِ شَهَوَاتِهَا

“Yang dimaksudkan dengan menjadi kera dan babi adalah mereka menjadi seperti kera dari sifatnya dan menjadi seperti babi dari segi syahwatnya.” (al-Sayuti, al-Durr al-Manthur).

3. Ayat ini memberikan kita pengajaran bahawa, apabila sesuatu kaum itu dilaknat, Allah menjadikan mereka seperti binatang. Dan Allah menjadikan babi sebagai salah satu binatang yang mempunyai sifat yang tercela.

 

Image may contain: 2 people, text

 

4. Sebagai Muslim yang menjadikan al-Quran sebagai panduan, babi seharusnya dilihat dari aspek bagaimana al-Quran menampilkan sifat dan cirinya. Ia dikaitkan dengan kaum yang dilaknat dan dimurka oleh Allah kerana sifat mereka. Adalah tidak wajar seorang Muslim menyeru yang lain untuk menjadi seperti babi sedangkan sifat tersebut jelas terzahir di dalam al-Quran.

Moga Allah membimbing kita.

Dr. Ahmad Sanusi Azmi
Penasihat Syariah Indahnya Islam

www.indahnyaislam.my

—-—

Sumbangan ikhlas untuk dakwah Indahnya Islam:

https://www.billplz.com/indahnyaislam

MYDAKWAH RESOURCES
5628 3464 5315 (Maybank Islamik)

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *



Sumbangan
Related Posts