Bukti hubungan Khilafah Turki Uthmaniyyah dan Empayar Melayu Islam Melaka

 

Tujuh bukti hubungan Khilafah Turki Uthmaniyyah dan Empayar Melayu Islam Melaka yang cuba disembunyikan oleh sejarah:

1) Sebelum Kota Melaka jatuh di tangan Portugis pada tahun 1511, Turki Uthmaniyyah telah menghantar armada laut untuk membantu menyelamatkan Melaka namun ia tidak sempat tiba. Selepas itu bantuan ketenteraan terus diberikan kepada Riau untuk kembali membebaskan Kota Melaka (hanya kota yang dijajah, bukan keseluruhan empayar).

2) Lambang Ay-Yildiz (bulan dan bintang) pada bendera Uthmaniyyah digunakan pada lambang Kesultanan Riau, Kesultanan Johor, bendera Selangor dan negeri-negeri lain di Tanah Melayu.

3) Pemakaian topi fez (sejak 1826) oleh para sultan Kerajaan Turki Uthmaniyyah kemudiannya turut dipakai oleh orang India selepas kejatuhan kerajaan Mughal pada tahun 1857. Ia adalah sebagai tanda bai’ah kepada Kerajaan Uthmaniyyah. Budaya ini diadaptasi oleh orang Melayu menjadi songkok (tapi makna dan erti pemakaiannya hilang ditelan zaman).

4) Sultan Melaka menggunakan gelaran Shah sebagaimana Sultan Turki Uthmaniyyah. Hakikatnya Shah bukan sebahagian nama asal masyarakat di Nusantara. Sebagai contoh nama sebenar Sultan Muzaffar Shah ialah Raja Kassim.

5) Teknologi meriam dan perkapalan Melayu dipelajari dari Kerajaan Turki Uthmaniyyah. Apabila Sultan Muhammad Al-Fateh membuka kota Konstantinople pada tahun 1453, beliau menggunakan kehebatan teknologi perkapalan (tentera laut) dan kekuatan senjata meriam sebagai antara yang terbaik di dunia ketika itu.

6) Hubungan rapat sejak zaman Sultan Abu Bakar dengan Khalifah Islam Turki Uthmaniyyah. Sultan Abu Bakar banyak meniru sistem pemerintahan Uthmaniyyah. Johor Bharu juga dikenali sebagai twin city kepada Istanbul sehingga hari ini.

7) Undang-Undang Kanun Melaka dan Undang-Undang Laut Melaka diadaptasi dari Undang-Undang Kerajaan Turki Uthmaniyyah yang berasaskan syariah Islam.

Ir. Hj. Muhammad Lukman Al Hakim Bin Muhammad

www.indahnyaislam.my

—-—

Sumbangan ikhlas untuk dakwah Indahnya Islam:

https://www.billplz.com/indahnyaislam

MYDAKWAH RESOURCES
5628 3464 5315 (Maybank Islamik)

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *



Sumbangan
Related Posts