Pemimpin beragama Islam jangan jadi syaitan bisu

 

BANGI – Pemimpin dan ahli Parlimen beragama Islam didesak supaya memandang serius tindakan biadab pihak tertentu, yang semakin terbuka dan lantang menghina Islam serta Rasulullah ﷺ di media sosial.

Ketua Biro Islamiyat Ikatan Muslimin Malaysia (Isma), Ustaz Omar Kassim berkata, umat Islam juga perlu bangkit dan membuat sebanyak mungkin laporan polis serta bantahan terhadap individu yang bertindak demikian.

Beliau bimbang jika tiada sebarang tindakan tegas dan bantahan dibuat, lebih ramai pihak dan individu yang bertindak melampau menyentuh sentimen agama sehingga mencetuskan ketegangan antara kaum.

“Pihak kerajaan dan ahli Parlimen beragama Islam, khususnya dalam kerajaan tolonglah jangan jadi ‘syaitan bisu’. Bantahan ini akan memberikan kesan, seperti kes tayangan ‘Sex in The City’ di Pulau Pinang, yang akhirnya ia dibatalkan oleh kerajaan Pulau Pinang.

“Ada pihak berterima kasih dengan kerajaan negeri, padahal mereka akan diam sahaja jika tiada bantahan. Yang sepatutnya menerima pujian hingga menyebabkan pembatalan adalah badan dan individu umat Islam yang membantah,” katanya kepada Ismaweb.net, hari ini.

Beliau berkata demikian mengulas mengenai tindakan biadab seorang pemilik akaun Facebook bernama Foo Sin Wei, susulan kenyataannya yang menghina Nabi Muhammad ﷺ, sehingga mengundang kecaman dan kemarahan netizen, baru-baru ini.

Antara status yang dimuat naik individu terbabit turut menyifatkan Baginda Rasulullah ﷺ memanipulasi kanak-kanak, dengan imej yang menggambar Nabi Muhammad ﷺ dan isteri Baginda, Siti Aisyah.

Sementara itu, memetik laporan Bernama hari ini, Menteri Dalam Negeri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, amaran dan peringatan supaya tidak menghina agama dan raja di media sosial sudah lama dikeluarkan.

Menyifatkan perbuatan itu bukan suatu perkara kecil, beliau berkata, polis akan bertindak jika menerima laporan.

“Seelok-eloknya pengguna media sosial perlu elak sebarang tindakan menghina agama dan raja,” katanya ketika diminta mengulas isu itu selepas sambutan ulang tahun ke-47 Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA) di Kementerian Dalam Negeri di sini.

Hari ini, 11 pertubuhan bukan kerajaan (NGO) membuat laporan polis di Kuala Lumpur meminta pihak berkuasa menyiasat seorang pemilik akaun Facebook (FB) yang didakwa menghina Nabi Muhammad ﷺ dan isteri baginda Saidatina Aishah.

Polis sebelum ini menahan seorang lelaki berusia 68 tahun di Mentakab, Temerloh bagi membantu siasatan kes berkenaan ekoran satu laporan polis yang dibuat di Batu Pahat. – Ismaweb

www.indahnyaislam.my

—-—

Sumbangan ikhlas untuk dakwah Indahnya Islam:

https://www.billplz.com/indahnyaislam

MYDAKWAH RESOURCES
5628 3464 5315 (Maybank Islamik)

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *



Sumbangan
Related Posts