Permulaan menentukan pengakhiran

 

PERTENGAHAN jalan hanyalah fasa yang perlu dilalui, ujian yang perlu diharungi dan cabaran yang perlu dihadapi, bagi membuktikan kebenaran ‘permulaan’ hingga ia masak dan ranum lalu boleh dipetik dan diterjemahkan pada sebuah bentuk ‘pengakhiran’.

Di akhir nanti, kita akan temui juga apa yang kita cari.
Di akhir nanti, kita akan bersama dengan golongan yang kita cintai.

Yang penting, kita mencari benda yang betul.
Yang penting, kita mencintai orang/golongan yang betul.

“Barangsiapa yang berhijrah kepada Allah dan Rasul-Nya, maka hijrahnya adalah kepada Allah dan Rasul-Nya. Barangsiapa yang hijrahnya adalah untuk dunia yang dikecapinya, atau wanita yang dinikahinya, maka hijrahnya akan menuju ke situ” – Hadis Nabi SAW

“Bukanlah kerana harta ghanimah ini aku berbaiah kepadamu (wahai Muhammad), tetapi aku berbaiah kepadamu agar aku dipanah di tengkukku ini (mati syahid)” – kata-kata seorang Arab Badwi kepada Rasulullah SAW selepas ditawarkan kepadanya harta rampasan perang. Setelah itu beliau didapati gugur syahid dalam keadaan yang beliau sendiri gambarkan.

“Engkau bersama dengan siapa yang engkau cintai (di akhirat nanti)” Hadis Nabi SAW

“Wahai jiwa yang tenang, kembalilah kepada Tuhanmu dalam keadaan redha dan diredhai” – Surah Al-Fajr

Jiwa yang membeli keredhaan Tuhannya di akhirat, dengan ketenangan (keredhaan) dirinya di bawah tadbir dan takdir Tuhannya di dunia.

Tenang di dunia, kerana ihsan dan muraqabahnya kepada Tuhan. Tenang di akhirat, sebagai pembalasan ihsan Tuhan kepada dirinya.

“Bukankah balasan bagi sebuah ihsan itu adalah ihsan ?” – Surah Ar-Rahman

Wallahua’lam.

Ustaz Ahmad Syamil Mohd Esa

www.indahnyaislam.my

—-—

Sumbangan ikhlas untuk dakwah Indahnya Islam:

https://www.billplz.com/indahnyaislam

MYDAKWAH RESOURCES
5628 3464 5315 (Maybank Islamik)

 

 

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *



Sumbangan
Related Posts