Sebagai nasihat kepada rakan-rakan, berkenaan dengan ewallet.
Perlu dibezakan antara akaun ewallet dan akaun pelaburan ewallet. Saya akan cuba mudahkan perbincangan dengan mengelakkan menggunakan istilah-istilah yang berat seperti trust account dan sebagainya.
Secara umumnya, terdapat dua cara pengendali e wallet beroperasi:
A) Hanya mempunyai satu ewallet account. Maksudnya apabila tuan-tuan membuka ewallet akaun, untuk membolehkan tuan-tuan menggunakan ewallet tersebut, tuan-tuan perlu memasukkan duit ke dalam akaun ewallet tersebut. Untuk memudahkan perbincangan, saya namakan akaun ini sebagai “akaun utama”
b) Sesetengah pengendali ewallet, di samping akaun utama di atas, mereka juga membuka (create) akaun kedua, iaitulah akaun pelaburan.
1) Apabila tuan-tuan membuka akaun ewallet dan memasukkan duit ke dalam ewallet, hakikatnya ialah tuan-tuan memasukkan duit tersebut ke dalam akaun utama. Akaun inilah yang digunakan utk tujuan penggunaan tuan-tuan (beli barang dsb). Duit di dalam akaun ini berada dibank-bank dan diapungkan (float).
Berkemungkinan pengendali ewallet akan mendapat pulangan drpd apungan ini (ini bergantung kepada bank-bank yang diletakkan duit tersebut, berdasarkan terma-terma yang dipersetujui antara pengendali ewallet dan bank-bank tersebut).
Jika sekiranya akaun ewallet yang digunakan oleh pengendali ewallet tersebut adalah konvensional akaun, maka pada hakikatnya, duit tuan-tuan tersebut:
i) Duit tuan-tuan telah dimasukkan ke dalam akaun konvensional tersebut. Ini bermakna secara langsung atau tak langsung, duit tersebut akan digunakan oleh bank-bank konvensional tersebut dan secara langsung atau tak langsung membantu bank-bank tersebut.
ii) Pulangan (jika ada-lihat di atas), maka akan diberikan kepada pengendali ewallet tersebut.
Jadi tuan-tuan kena faham. Hatta, jika sekiranya tiada pulangan kepada pengendali ewallet, duit tuan-tuan masih tetap diletakkan di bank-bank konvensional dan membantu bank-banktersebut melalui akaun utama di atas.
Saya tak pasti, sama ada terdapat pengendali ewallet yang meletakkan akaun ini di dalam akaun Islamic. Setahu saya, pengendali ewallet ada menyediakan akaun ewallet Islamic secara khusus kepada sesetengah institusi, namun untuk uindividual, tak ada melainkan beberapa akaun ewallet sahaja yang Islamic, dan saya tak berhajat untuk menyatakan di sini. Takut nanti disalahfaham dan mengganggu matlamat penerangan ini.
Penambahan: Ada komen kat bawah yang menyebutkan berkenaan dengan ewallet tertentu. Terima kasih kerana maklumat.
Apa yang penting ialah, tuan-tuan kena pastikan bahawa akaun utama ini adalah Islamic.
2) Berdasarkan threshold tertentu (setelah mengambilkira jumlah penggunaan ewallet oleh pengguna dalam tempoh masa tertentu), pengendali Ewallet berkemungkinan akan melaburkan wang tersebut di dalam pelaburan tertentu (selalunya short term). Jika sekiranya pelaburan tersebut di dalam pelaburan konvensional, maka hukumnya adalah jelas. Namun jika akaun ini, akaun Islamic, masalah pada isu akaun utama seperti di atas kekal bermasalah.
Jadi, jika sekiranya diwar-warkan kepada tuan-tuan, bahawa akaun pelaburan adalah akaun Islam, maka itu hanyalah di dalam akaun pelaburan itu sahaja. Akaun utama tetap kekal bermasalah, melainkan akaun utama itu sendiri diletakkan di dalam akaun Islamic.
Matlamat posting ini adalah agar masyarakat jelas dengan statement bahawa akaun pelaburan adalah Islamic.
Sebab itulah sampai sekarang saya tidak pernah ada akaun ewallet, bukan kerana konsep ewallet tersebut tidak bertepatan dengan syarak. Konsep ewallet itu sendiri, boleh dibuat secara Islam, namun masalah akaun utama seperti di atas masih belum selesai.
Semoga dengan penjelasan ini melepaskan saya daripada tanggungjawab menerangkan. Semoga kita semua diampunkan oleh Allah SWT.
Sumber: Fb Aznan Hasan
—-—
Sumbangan ikhlas untuk dakwah Indahnya Islam:
www.indahnyaislam.my/Sumbangan-Indahnya-Islam
PERSATUAN INDAHNYA ISLAM
5622 6352 7695 (Maybank Islamik)