- Ketika membaca satu iklan tentang pembangunan perumahan untuk warga Yahudi di Gaza, saya di dalam hati berkata bahawa Israel masih dalam khayalan. Pembohongan Yahudi adalah pembohongan tahap tertinggi di dunia sepanjang sejarah manusia. Seseorang menipu dan percaya bahawa orang ramai percaya penipuannya, itu adalah penipuan yang amat hebat. Tetapi Yahudi di atas dari tahap itu, iaitu mereka percaya bahawa apa yang mereka tipu adalah benar sebenar-benarnya. Penipuan terhebat adalah apabila seseorang berjaya menipu diri sendiri sehingga dirinya sendiri tertipu oleh dirinya sendiri.
- Terlalu banyak peristiwa yang berlaku yang menunjukkan dunia sudah mula menarik sokongan terhadap Israel. Saya senaraikan apa yang sempat di ruang yang terbatas ini.
a. Demonstrasi yang berlaku di seluruh dunia termasuklah di Israel dan US sendiri.
Di US, tunjuk perasaan berlaku di beberapa tempat dan termasuklah di Kongres sendiri. Rakyat US menuntut genjatan senjata dan mempertikaikan kenapa US perlu terlibat dalam mempertahankan Israel.
Manakala di Israel, berlaku tunjuk perasaan yang banyak atas beberapa faktor. Termasuk juga antara sebabnya adalah kerana beberapa tentera Israel yang dibunuh oleh IDF sendiri. Juga kita melihat bagaimana tentera Israel yang cedera menolak dari diziarahi oleh Netanyahu.
b. Apa yang berlaku di Majlis Keselamatan PBB dalam isu usul genjatan senjata; 120 negara bersetuju, 45 berkecuali. Hanya 14 yang menentang termasuk US. Kecenderungan dunia adalah memberhentikan peperangan kerana tindak tanduk serangan Israel adalah suatu yang tidak masuk akal.
c. Afrika selatan mendapat persetujuan di peringkat Parlimen terhadap usul memutuskan hubungan diplomatik dengan Israel. Disusuli dengan ketetapan perlucutan taraf kewarganegaraan bagi sesiapa yang menyertai tentera Israel. Pendirian ini dijangkakan akan ditiru oleh beberapa negara lain jika peperangan berterusan begini.
d. Yaman menyekat laluan Laut Arab dan Laut Merah bagi mana-mana kapal yang mempunyai kaitan dengan Israel. Usaha US untuk mendapatkan perlindungan bagi Israel di Laut Merah juga dikatakan gagal sehingga Israel terpaksa menghubungi sendiri beberapa negara seperti India, Korea Selatan dan Jepun untuk tujuan itu.
Sekatan dari kapal Zionis berlabuh di Malaysia juga jika dituruti oleh Indonesia akan menghasilkan sekatan di Selat Melaka.
e. Tiada kontainer berlabuh di pelabuhan Israel dari luar sejak dua minggu ini. Keadaan ini dijangkakan akan berlarutan empat minggu seterusnya. Ini menunjukkan hubungan dagang antara negara yang sudah mula mengendur atas pelbagai faktor.
f. Kesatuan Eropah diberi amaran oleh badan pemerhati hak asasi manusia agar tidak terlibat di dalam pemindahan penduduk Gaza ke Sinai, Mesir.
f. Dari sudut suara rakyat seluruh dunia, kajian yang dilakukan terhadap hantaran-hantaran perkongsian di sesawang internet mendapati 83% daripadanya adalah menentang Israel.
- Kita semua perlu yakin bahawa Israel akan berkubur. Penolakan dunia terhadap Israel akan makin meningkat dan bukannya makin menurun. Masanya akan tiba. Waktunya di bawah ketentuan Allah.
Wallahu a’lam
Ustaz Muhammad Fauzi Asmuni
Pengerusi Gabungan Solidariti Pembebasan Palestin (GSPP)
www.indahnyaislam.my
—-—
Sumbangan ikhlas untuk dakwah Indahnya Islam:
www.indahnyaislam.my/Sumbangan-Indahnya-Islam
PERSATUAN INDAHNYA ISLAM