Agenda bahaya jadikan Malaysia gerbang kebangkitan Zionis, Kristian mesti dihalang

 

BANGI – Rancangan jahat Zionis Kristian untuk menjadikan Malaysia sebagai Rainbow Nation mesti dihalang, tegas Presiden Ikatan Muslimin Malaysia (Isma), Ustaz Abdullah Zaik Abdul Rahman.

Dalam satu kenyataan di laman web rasmi Isma www.isma.org.my hari ini, Ustaz Abdullah berkata, sebelum ini terdapat banyak bukti perancangan Zionis Kristian untuk menjadikan Malaysia sebagai gerbang rancangan jahat, namun hari ini telah jelas sememangnya wujud gerakan-gerakan seperti itu.

Buktinya, dengan sambutan Jerusalem Jubilee bertajuk “All Malaysian-Golden Gate Nation Revival Convocation” (AMGGNRC), yang akan diadakan di Melaka pertengahan bulan ini.

Perhimpunan itu dikatakan untuk menyambut kejayaan 50 tahun Israel dalam perang menentang Mesir, Syria dan Jordan pada 5-10 Jun 1967.

Kesal dengan penganjuran itu, Ustaz Abdullah berkata, kerajaan Melaka sepatutnya sedar akan hal ini dan tidak membenarkan perhimpunan itu diadakan dengan mengambil kira sensitivi umat Islam di Malaysia yang menentang penjajahan Zionis ke atas Palestin.

Justeru, Isma menyarankan agar pihak pimpinan dan kerajaan Melaka mengambil tindakan segera dengan membatalkan perhimpunan ini dan melakukan siasatan terperinci.

“Dalam masa sama, Isma juga menggesa kerajaan agar mengharamkan gerakan dan penyebaran Kristian Zionis di Malaysia kerana ia bertentangan dengan dasar negara serta bertentangan dgn maruah dan pertimbangan umat Islam seluruh dunia,” katanya. – Ismaweb

www.indahnyaislam.my

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *



Sumbangan
Related Posts