Agenda pembebasan al-Aqsa dan bumi Palestin

SESUNGGUHNYA perjuangan pembebasan Masjid al Aqsa dan keseluruhan bumi Palestin adalah merupakan agenda perdana umat Islam sejagat.

Agenda ini bukan sekadar isu dan tanggung-jawab rakyat Palestin semata-mata.

Agenda ini bukan sekadar isu dan tanggung-jawab orang-orang Arab sahaja.

Bahkan agenda ini merupakan amanah yang dipertanggung-jawabkan kepada umat Islam sejagat.

Namun apa yang berlaku adalah jauh daripada hakikat sebenar kebertanggung-jawaban umat, khususnya pemimpin negara-negara Arab dan pemimpin negara umat Islam yang jelas hanya menuruti kehendak pencatur NWO.

Namun kita tidak akan lupa bahawa kekuatan dan kemenangan yang sebenarnya adalah ditentukan oleh Pemilik dan Penguasa sekalian alam, Yang boleh memilih sesiapa sahaja yang dikehendakiNya bagi mentadbir bumi ini menurut kehendakNya.

Walau pun berhadapan dengan pelbagai halangan dan kesukaran, marilah kita terus berusaha dan berdoa kepada kejayaan yang besar dan kritikal buat agama dan masa depan umat sejagat ini.

Semoga Allah pilih kita semua untuk hidup berjuang dalam keadaan mulia, atau mati sebagai kesaksian perjuangan kita selama ini.

Prof Dr Zainur Rashid Zainuddin
Pengerusi Yayasan Ikhlas

www.indahnyaislam.my

—-—

Sumbangan ikhlas untuk dakwah Indahnya Islam:

www.indahnyaislam.my/Sumbangan-Indahnya-Islam

PERSATUAN INDAHNYA ISLAM

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *



Sumbangan
Related Posts